Kesejahteraan Sosial
04 ISU PENJAGAAN ANAK DALAM KALANGAN PEKERJA WANITA 109 Rumusan Syor Dasar, Rasional, dan Implikasi No. Syor Dasar Cadangan Rasional Implikasi 1. Menangani kos awal yang tinggi Subsidi atau Insentif Kewangan Tanpa bantuan kewangan atau subsidi yang mencukupi, banyak majikan mungkin akan menangguhkan atau mengelak daripada menyediakan kemudahan penjagaan kanak- kanak. Walaupun mereka menyedari kepentingan kemudahan ini, kos awal yang tinggi sering dianggap sebagai beban kewangan yang terlalu besar untuk ditanggung, terutama oleh syarikat kecil dan sederhana. Bantuan kewangan seperti subsidi, perkongsian kos dengan sektor awam- swasta, atau geran permulaan dapat mengurangkan halangan kewangan ini. Tanpa bantuan kewangan atau subsidi yang mencukupi, banyak majikan mungkin akan menangguhkan atau mengelak daripada menyediakan kemudahan penjagaan kanak- kanak, walaupun mereka menyedari kepentingannya. Perkongsian Kos dengan Sektor Swasta atau Awam Program Geran Permulaan 2. Mengatasi kurangnya maklumat tentang prosedur pelaksanaan Kempen Kesedaran Insentif Cukai Tanpa maklumat yang jelas dan mudah diakses, majikan mungkin mengabaikan peluang untuk memanfaatkan insentif ini atau menganggap ia terlalu kompleks untuk diuruskan. Hal ini mengakibatkan rendahnya pelaksanaan insentif cukai penjagaan kanak-kanak. Kempen kesedaran, panduan, bengkel penerangan, testimoni, dan portal pelaksanaan yang disediakan secara komprehensif dapat meningkatkan pemahaman dan kemudahan pelaksanaan bagi majikan. Tanpa maklumat yang jelas dan mudah diakses, majikan mungkin akan mengabaikan peluang untuk memanfaatkan insentif ini atau mungkin salah anggap bahawa ia terlalu kompleks untuk diuruskan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy