Kesejahteraan Sosial

102 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL Pendekatan berasaskan social justice digunakan untuk meningkatkan penguatkuasaan. Langkah awal menubuhkan badan pemantau khas dan melaksanakan audit berkala dengan laporan awam untuk meningkatkan akauntabiliti. Dalam jangka sederhana, sistem pengaduan yang telus dan kerjasama antara agensi dicipta untuk pemantauan kolektif. Jangka panjang melibatkan digitalisasi dan automasi pemantauan serta penilaian impak dasar untuk memastikan keberkesanan penguatkuasaan. 5.5 Syor Isu Tiada Insentif atau Faedah Jangka Pendek yang Jelas Pendekatan Reward Theory menggunakan gabungan ganjaran kewangan, pengiktirafan sosial, dan insentif progresif untuk mendorong majikan melaksanakan kemudahan penjagaan kanak-kanak. Dalam jangka pendek, ganjaran segera dan pengiktirafan awam akan meningkatkan motivasi. Dalam jangka sederhana, skim progresif dan potongan cukai tambahan akan memastikan pelaksanaan terus berkembang. Manakala, pada jangka panjang, bonus kualiti dan penilaian impak berterusan akan meningkatkan keberkesanan dan kelestarian inisiatif ini. Jangka Masa Syor Polisi Langkah Pelaksanaan Kesan dan Indikator Kejayaan Andaian Pendek (1-2 Tahun) Pemberian ganjaran tunai atau potongan cukai segera kepada majikan yang memulakan pelaksanaan. Cadangan baru: i. Pemberian insentif tunai tambahan atau potongan cukai bulanan kepada majikan dalam 6 bulan pertama pelaksanaan. ii. Penetapan kriteria kelayakan yang jelas. i. Peningkatan jumlah majikan yang memulakan pelaksanaan kemudahan penjagaan kanak-kanak. ii. Pengurangan halangan kewangan untuk tindakan segera. i. Kempen dapat mengubah pandangan sosial majikan terhadap isu penjagaan kanak- kanak ii. Majikan menerima kemudahan ini sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat iii. Majikan bersedia mengubah pandangan terhadap kemudahan penjagaan kanak-kanak

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy