Kesejahteraan Sosial
04 ISU PENJAGAAN ANAK DALAM KALANGAN PEKERJA WANITA 99 Menggunakan Balanced Scorecard (BSC) , isu pemantauan ditangani melalui empat perspektif utama: kewangan, pelanggan, proses dalaman, dan pembelajaran. Langkah awal melibatkan peruntukan bajet pemantauan dan sistem maklum balas. Dalam jangka sederhana, prosedur audit berkala diperkenalkan bersama latihan kepada kakitangan pemantauan. Manakala bagi tempoh jangka panjang, sistem automasi untuk pemantauan diterapkan untuk meningkatkan ketelusan dan konsistensi dalam memastikan piawaian penjagaan kanak-kanak dipenuhi. 5. 4 Syor Isu Penguatkuasaan Bagi menangani isu tiada penguatkuasaan dalam pelaksanaan insentif cukai penjagaan kanak-kanak, penilaian social justice boleh digunakan. Teknik ini memberi penekanan kepada pengukuhan keadilan sosial dan langkah pencegahan melalui pemantauan serta peningkatan kebertanggungjawaban majikan dalam melaksanakan kemudahan penjagaan kanak-kanak. Berikut adalah syor langkah yang menggunakan pendekatan ini: Jangka Masa Syor Polisi Langkah Pelaksanaan Kesan dan Indikator Kejayaan Andaian Pendek (1-2 Tahun) Penubuhan badan pemantau khas untuk memastikan pelaksanaan insentif cukai penjagaan kanak-kanak. Cadangan baru: i. Pembentukan badan pemantau khas yang bertanggungjawab menjalankan audit dan pemeriksaan berkala terhadap majikan yang menerima insentif cukai. ii. Penetapan syarat yang jelas untuk majikan. i. Peningkatan kepatuhan terhadap syarat insentif. ii. Pengurangan kes ketidakpatuhan. iii. Penubuhan sistem pemantauan berstruktur yang dapat dilaksanakan segera. i. Majikan melihat manfaat jangka pendek yang nyata ii. Pengiktirafan dianggap berharga dan bermakna oleh majikan iii. Majikan termotivasi untuk berusaha menyediakan kemudahan ini
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy