Kesejahteraan Sosial
04 ISU PENJAGAAN ANAK DALAM KALANGAN PEKERJA WANITA 93 Strategi yang berasaskan Cost-Benefit Analysis (CBA) diambil untuk menangani kos awal yang tinggi. Langkah berfasa diperkenalkan, bermula dengan subsidi dan potongan cukai untuk jangka pendek, model perkongsian kos sektor awam-swasta untuk jangka sederhana, dan geran khas untuk jangka panjang. Pendekatan ini membantu mengurangkan beban kewangan majikan serta meningkatkan akses kepada kemudahan penjagaan kanak-kanak. Dalam jangka panjang, program ini diharap meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja serta menyokong keseimbangan kerja dan kehidupan. 5.2 Syor Mengatasi Kurangnya Maklumat Tentang Prosedur Pelaksanaan Pendekatan integrasi model AIDA dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan isu kekurangan maklumat tentang prosedur insentif cukai dapat diatasi dengan cara menarik perhatian, membangkitkan minat, menanam keinginan, dan akhirnya mendorong tindakan majikan. Strategi ini membolehkan hasil yang berkekalan dalam meningkatkan kesedaran dan pelaksanaan insentif cukai untuk penjagaan kanak- kanak. Melalui pelaksanaan model AIDA, strategi peringkat demi peringkat diterapkan untuk meningkatkan kesedaran, minat, keinginan, dan tindakan majikan dalam melaksanakan insentif cukai. Langkah awal melibatkan kempen kesedaran melalui media dan infografik, diikuti panduan dan bengkel penerangan. Seterusnya, testimoni dan kajian kes digunakan untuk menanam keinginan majikan, manakala portal dan talian bantuan dicipta untuk memudahkan pelaksanaan. Perancangan pelaksanaan jangka panjang melibatkan pemantapan sistem dengan audit berkala dan pengembangan portal pelaksanaan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy