Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
84 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI 4.2 Dapatan Kualitatif Melalui FGD bersama pakar, tiga tema utama dikenal pasti dalam mendukung pemantapan akademik danmeningkatkan resiliensi dalam kalangan pelajar STEM , iaitu Kurikulum yang Holistik, Pembangunan Karakter secara Peribadi dan Sokongan Komuniti. 1. Kurikulum yang Holistik: Kurikulum holistik yang disarankan oleh para pakar melibatkan pendekatan STREAM bersepadu yang bukan sahaja menumpukan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik ( STEM ), tetapi turut memasukkan elemen-elemen tambahan iaitu Kreativiti, Seni, dan Pembelajaran yang Menyenangkan ( fun learning ). Tujuan integrasi ini adalah untuk memastikan pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang lebih lengkap dan seimbang. Melalui pendekatan ini, elemen kreatif seperti seni dan aktiviti hands-on di makmal STREAM memberikan ruang kepada pelajar untuk bereksperimen dengan idea dan aplikasi dunia sebenar secara lebih interaktif dan menyeronokkan, yang sekaligus dapat meningkatkan minat mereka dalam bidang STEM . Selain itu, pakar jugamenekankan pentingnya subjek psikologi sebagai elektif dalam kurikulum holistik ini. Subjek ini akan diuruskan oleh kaunselor atau pendidik yang mahir untuk memberi pelajar sokongan tambahan dalam mengembangkan kemahiran daya tahan emosi dan pengurusan tekanan dalam suasana akademik yang mencabar. Melalui bimbingan kaunselor atau pendidik yang berkemahiran, pelajar STEM akan dibekalkan dengan strategi pengurusan diri, yang dapat membantumereka mengatasi halangan emosi dan mencapai keseimbangan yang lebih baik antara akademik dan kesejahteraan diri. Oleh itu, pendekatan kurikulum holistik ini diharapkan bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian akademik tetapi juga membina ketahanan psikologi dalam kalangan pelajar yang lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan. 2. Pembangunan Karakter secara Peribadi: Dalam usaha untuk meningkatkan minat, sikap, dan motivasi pelajar terhadap bidang STEM , program pembangunan karakter peribadi dicadangkan sebagai komponen penting. Program ini akan memberi penekanan kepada pembangunan nilai-nilai teras
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy