Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

83 analisis deskriptif digunakan untuk mengukur tahap resiliensi akademik pelajar dalam bidang STEM . Data dari instrumen resiliensi akademik yang mengandungi 37 item telah dikumpul daripada 350 pelajar dan dianalisis bagi mengenal pasti tahap rendah, sederhana, atau tinggi resiliensi akademik pelajar. Hasil analisis deskriptif ini memberikan pandangan terperinci tentang taburan resiliensi dalamkalanganpelajar serta mengenal pasti subkumpulan pelajar yang mungkin memerlukan intervensi sokongan yang lebih khusus. Bagi kaedah kualitatif, data dianalisis secara tematik untuk mengenal pasti tema dan subtema utama yang muncul daripada perbincangan kumpulan fokus ( FGD ) bersama 10 orang pakar. Proses analisis tematik ini merangkumi pengekodan data yang diperoleh daripada protokol temu bual separa berstruktur, yang seterusnya disusun mengikut tema-tema yang dikenal pasti. Selain itu, dua alat pengukuran, iaitu Fishbone dan ERRC , turut digunakan untuk menganalisis punca masalah dan cadangan penyelesaian. Fishbone digunakan untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang kepada penurunan resiliensi akademik, manakala ERRC membantu menyusun cadangan bagi memperbaiki resiliensi pelajar dalam bidang STEM secara sistematik. Berikut adalah penerangan mengenai hasil analisis dan dapatan kajian berdasarkan kedua-dua kaedah ini: 4.1 Dapatan Kuantitatif Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap resiliensi akademik dalam kalangan 350 pelajar STEM berada pada tahap rendah (35.7%). Berdasarkan kajian terdahulu, resiliensi akademik dalam kalangan pelajar STEM cenderungmenurunkeranatekananyangberkaitandengan sukatan pelajaran dan kurangnya sokongan sosial. Sebagai contoh, laporan lepas menyatakan bahawa hanya sekitar 30% pelajar dalam bidang STEM di Malaysia mencapai tahap resiliensi yang mencukupi untuk menangani tekanan akademik, manakala majoriti yang lain menunjukkan tahap motivasi yang menurun. Hal ini mengakibatkan penurunan dalamminat terhadap STEM dan peningkatan kadar pelajar yang beralih ke bidang lain. STRATEGI PENINGKATAN RESILIENSI AKADEMIK PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA 03

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy