Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

82 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI pula, seramai sepuluh orang pakar dipilih, terdiri daripada empat orang guru sains sekolah menengah, empat orang pensyarah bidang STEM di institusi pengajian tinggi (IPT), dan dua orang pembangun kurikulum Sains di Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat dua instrumen utama digunakan dalam kajian ini iaitu; i) instrumen resiliensi akademik yang mengandungi 37 item untuk menilai tahap resiliensi akademik pelajar STEM ; dan ii) protokol temu bual separa berstruktur yang merangkumi 27 soalan dirangka untuk mengumpul input mengenai faktor-faktor penyumbang kepada penurunan resiliensi akademik, tahap pencapaian akademik pelajar, serta cadangan intervensi. Kedua- dua instrumen ini telah melalui proses validiti dan kebolehpercayaan bagi memastikan ketepatan data yang diperoleh. Prosedur kajian ini terbahagi kepada tiga fasa utama. Fasa pertamamelibatkan pentadbiran soal selidik resiliensi akademik kepada 350 pelajar bidang STEM untuk menilai tahap resiliensi akademik pelajar. Fasa kedua ialah perbincangan kumpulan fokus ( FGD ) bersama pakar bagi mendapatkan pandangan mengenai tahap resiliensi akademik pelajar, faktor yang menyumbang kepada penurunan resiliensi dan pencapaian akademik, serta cadangan bagi memperbaiki isu-isu tersebut. Fasa ketiga melibatkan analisis data menggunakan alat pengukuran Fishbone untuk mengenal pasti punca masalah dan ERRC untuk mencadangkan langkah-langkah penyelesaian. Data yang diperoleh dianalisis melalui tiga kaedah iaitu; i) analisis deskriptif digunakan untuk menentukan tahap resiliensi akademik pelajar STEM ; ii) analisis tematik digunakan untuk mengenal pasti tema utama daripada FGD yang berkaitan dengan resiliensi akademik pelajar; iii) analisis menggunakan alat pengukuran Fishbone dan ERRC yang membantu mengenal pasti faktor penyumbang penurunan resiliensi akademik serta mencadangkan intervensi yang sesuai. Melalui metodologi ini, kajian diharapkan dapat memberikan pemahaman mendalam mengenai tahap resiliensi akademik pelajar STEM dan menyumbang kepada penyelesaian untuk meningkatkan motivasi dan prestasi akademik pelajar dalam bidang ini. 4.0 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN Dalam kajian ini, kaedah analisis data telah dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan dan ketepatan dapatan yang diperoleh, merangkumi kaedah kuantitatif dan kualitatif. Untuk kaedah kuantitatif,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy