Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

81 contoh, sektor elektrik dan elektronik Malaysia memerlukan kira-kira 50,000 jurutera setiap tahun, namun hanya 5,000 graduan kejuruteraan dihasilkan setahun . Jurang ini bukan sahajamenghalang pertumbuhan sektor berteknologi tinggi, malah boleh menjejaskan daya saing Malaysia dalam ekonomi global . Dengan penurunan kadar penyertaan dan pengekalan pelajar dalam bidang ini, Malaysia menghadapi cabaran besar dalam mencapai sasaran dasar negara yang selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama, Dasar MADANI, serta Matlamat Pembangunan Lestari ( SDG 4) yangmenekankan kepentingan pendidikan berkualiti. Kemajuan negara yang banyak bergantung kepada sumbangan bidang STEM terutamanya dalam aspek inovasi, teknologi hijau, dan pembangunan industri berisiko terjejas sekiranya masalah ini tidak ditangani secara serius. Lebih membimbangkan, kegagalan membina asas yang kukuh dalam pendidikan STEM hari ini akan memberi kesan jangka panjang terhadap generasi akan datang. Tanpa bilangan tenaga pakar yang mencukupi dan berkemahiran tinggi, negara mungkin mengalami ketirisan bakat, kelembapan inovasi, serta ketergantungan kepada kepakaran luar. Hal ini bukan sahaja mengancam kesinambungan pembangunan ekonomi negara, malah melemahkan daya saing Malaysia di peringkat global. Justeru, pemerkasaan resiliensi akademik dalam kalangan pelajar STEM adalah kritikal untuk memastikan kelestarian modal insan, yang menjadi asas kepada kemajuan negara dan kesejahteraan generasi masa hadapan. 3.0 METODOLOGI Kajian ini menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif melalui kaedah tinjauan dan perbincangan kumpulan fokus ( FGD ). Pendekatan kuantitatif digunakan untuk menilai tahap resiliensi akademik pelajar, sementara pendekatan kualitatif pula bertujuan mendapatkan pandangan pakar. Dalam usaha menganalisis faktor-faktor yang menyumbang kepada isu penurunan resiliensi akademik pelajar STEM, kajian ini turut menggunakan dua alat pengukuran, iaitu Fishbone dan ERRC ( Eliminate, Rise, Reduce & Create) . Dua kumpulan sampel telah dikenalpasti bagi kajian ini di mana untuk kaedah tinjauan, seramai 350 pelajar bidang sains dipilih untuk menilai tahap resiliensi akademik mereka manakala bagi kaedah FGD STRATEGI PENINGKATAN RESILIENSI AKADEMIK PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA 03

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy