Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
80 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI 2.0 PERNYATAAN MASALAH Pandemik COVID-19 memberi kesan ketara kepada Matlamat Pembangunan Mampan 4 ( SDG 4), yang menjejaskan 94% pelajar di seluruh dunia. Ini diterjemahkan kepada kira-kira 1.58 bilion pelajar dari 200 negara, merangkumi institusi pendidikan dari peringkat rendah hingga universiti (PBB, 2020). Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu penurunan resiliensi akademik dalam kalangan pelajar yang mengambil bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik ( STEM ) semakin membimbangkan. Data menunjukkan bahawa tahap resiliensi pelajar dalam menghadapi cabaran pembelajaran semakin menurun, yang menyebabkan pelajar sukar mengekalkan motivasi dan prestasi dalam bidang yang mencabar ini. Menurut statistik daripada KementerianPendidikanMalaysia(2021), peratusanpelajar yangmemilih untuk mengikuti aliran STEM di peringkat menengah dan seterusnya ke peringkat pengajian tinggi menunjukkan trend penurunan yang ketara, daripada 47% pada tahun 2012 kepada hanya sekitar 40% pada tahun 2020. Fenomena ini turut diperkukuhkan dengan laporan World Bank (2022) yang menunjukkan bahawa Malaysia mengalami kekurangan tenaga kerja STEM yang mampu memenuhi keperluan pasaran kerja dalam negara. Penurunan resiliensi akademik ini bukan sahaja mempengaruhi keputusanpelajaruntukmemilihbidang STEM , tetapi jugamempengaruhi prestasi akademik mereka. Kajian menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai tahap resiliensi akademik yang rendah lebih cenderung untuk berdepan dengan tekanan dan cabaran akademik, yang akhirnya menyebabkan kemerosotan dalam pencapaian akademik. Situasi ini mengakibatkan pelajar memilih untuk meninggalkan bidang STEM , baik di peringkat sekolah mahupun pengajian tinggi, dan beralih ke bidang- bidang lain yang dirasakan kurang mencabar. Berdasarkan data Kementerian Pengajian Tinggi (2021), kadar ‘ dropout’ pelajar dalam programberkaitan STEM di universiti awammencecah hampir 25% pada tahun 2021, yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Di peringkat pendidikan tinggi juga, data menunjukkan bahawa daripada 237,805 pemohon yang layak diberi penempatan melalui UPUOnline pada tahun 2023, hanya 37.69% memohon ke program STEM , manakala 62.31% memohon ke program bukan STEM . Isu ini memberi kesan langsung kepada usaha negara untuk meningkatkan jumlah tenaga pakar dalam bidang STEM . Sebagai
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy