Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

79 i) Kemahiran sosial: Mengenal pasti keupayaanpengurusan hubungan dalam persekitaran pembelajaran yang terdiri daripada pensyarah, rakan, begitu juga sumber lain. ii) Sokongan sosial: Mengenal pasti keupayaan membantu rakan pelajar menghadapi cabaran dalam menyelesaikan tugasan, mengatasi gangguan konflik dalam proses pembelajaran seterusnya mencetuskan peningkatan penghargaan kendiri, nilai dan keyakinan diri pelajar. iii) Efikasi matlamat: Mengenal pasti keupayaan pelajar untuk mengorganisasi, melakukan dan menyelesaikan tugasan bagi mencapai suatu tujuan, menghasilkan sesuatu produk melalui pemikiran kreatif dan kritis serta boleh mengimplementasi tindakan untuk mencapai objektif pembelajaran. iv) Tingkah laku keutamaan perancangan: Mengenal pasti perlakuan serta strategi yang dirancang dan dilaksanakan mengikut keutamaan dipengaruhi oleh faktor persekitaran, sikap, emosi, nilai dan etika. v) Ketabahan: Mengenal pasti keupayaan individu dalam menghadapi kesulitan atau kesukaran dalam kehidupannya. Orang-orang yang tabah mampu mengatasi kesulitan dengan kesukaran serta gigih saat menghadapi kegagalan. vi) Kesan negatif dan tindak balas emosi: Mengenal pasti keupayaan pelajar dalam mengawal tindak balas emosi dan kesan negatif yang dialami terhadap perasaan, pemikiran, sikap dan watak. STRATEGI PENINGKATAN RESILIENSI AKADEMIK PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA 03

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy