Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

78 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI Dalam konteks SDG 4, pembangunan STEM turut merangkumi domain pembangunan sosial dan emosi, yang memperkukuhkan pembelajaran melalui pendidikan formal, tidak formal, dan non-formal (UNDP, 2021). Dasar 60% Sains : 40% Sastera, Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara(DSTIN2021-2030), danRangkaKerja 10-10Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MySTIE) adalah contoh dasar yang menekankan pentingnya STEM untuk melahirkan tenaga kerja mahir serta pakar dalam penyelidikan dan industri di Malaysia. Ini selari dengan strategi dalam DSTIN, yang memfokuskan kepada pembangunan, pemupukan, dan penggilapan bakat dalambidang sains dan teknologi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia turut mengeluarkan Dasar Teknologi Negara dengan hasrat pelaksanaan dasar ini dapat dimanfaatkan secara optimumolehmurid, pendidik, pemimpin pendidikan dan semua pihak berkepentingan bagi merapatkan jurang digital seterusnya membolehkan pendidikan digital dilaksanakan dengan jayanya dalammerealisasikan iltizam dan aspirasi negara untuk menyampaikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti. Dari segi psikologi pendidikan, elemen resiliensi akademik memainkan peranan penting dalam membantu pelajar mengekalkan motivasi dalam pembelajaran STEM . Resiliensi akademik, yang didefinisikan sebagai keupayaan pelajar untuk mencapai prestasi tinggi walaupun menghadapi pelbagai cabaran (Garmenzy et al., 1993), adalah kunci dalammembangunkan pelajar yang tahan lasak, mampu menyesuaikan diri, dan meningkatkan potensi melalui proses dinamik yang menghubungkan faktor dalaman dan luaran (Shahabuddin et al., 2014). Kajian selama lebih 40 tahun menunjukkan bahawa resiliensi melibatkan adaptasi positif dalam situasi sukar (Aghazadeh & Padoano, 2020), dan faktor-faktor yang membentuknya merangkumi aspek individu, keluarga, komuniti, dan budaya. Faktor dalaman seperti ketekunan, kemampuan menyelesaikan masalah, dan keupayaan berkomunikasi dalam perbincangan kumpulan adalah penting dalam mempengaruhi resiliensi akademik pelajar (Yeni Eka Cahyani & Sari Zakiah Akmal, 2017). Namun, kajian mengenai resiliensi akademik berkaitan prestasi akademik dalam STEM masih perlu dipertingkatkan, sama ada dari segi faktor dalaman mahupun luaran (Kuzmishin, 2018). Dalam konteks ini, huraian ringkas berkenaan enam aspek resiliensi akademik yang di ukur adalah seperti berikut;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy