Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

77 STRATEGI PENINGKATAN RESILIENSI AKADEMIK PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA NOR ASNIZA ISHAK, PhD Profesor Madya Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia asnizaishak@usm.my TITIYAKA JAJURI Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia titiyakajuri@gmail.com 1.0 PENGENALAN Persidangan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization ( UNESCO , 2015) telah menetapkan bahawa dunia kini tertumpu kepada komitmenmencapai Agenda 2030, yangmerangkumi pencapaian 17 Matlamat Pembangunan Mampan ( SDG ). Dalam bidang pendidikan, SDG 4 yang berfokus kepada penyediaan pendidikan berkualiti, saksama, inklusif, dan peluang pendidikan sepanjang hayat, menjadi komponen penting untuk memacu kemajuan ekonomi dan membina generasi pelajar yang kompeten serta berintegriti, sejajar dengan aspirasi pembangunan lestari (PBB, 2015). Malaysia, yang kini berada pada kedudukan ke-22 daripada 63 negara dalam World Talent Ranking 2018 (UNDP, 2020), menunjukkan tahap pendidikan yang baik, namunmasih perlumemastikan kualiti pendidikan ini terus berkembang dan berdaya saing di peringkat global. Seiring dengan dunia Revolusi Industri 4.0yangmenuntutpendekatanbukankonvensional transformasi pendidikan Malaysia perlu merangkumi elemen-elemen seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ( STEM ) bagi meningkatkan daya saing pelajar dan modal insan negara. Dalam situasi semasa, STEM menjadi tumpuan utama untuk melahirkan golongan profesional berkelayakan yang berdaya saing dalam pasaran global. Melalui dasar Madani dan Wawasan Kemakmuran Bersama (2030), pembangunan pendidikan STEM yang disokong oleh resiliensi akademik adalah satu langkah kritikal untuk mencapai matlamat pembangunan negara serta dalam memastikan tata kelola Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan dalam kerangka SDG yang memastikan Malaysia terus berdaya saing di persada dunia. STRATEGI PENINGKATAN RESILIENSI AKADEMIK PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA 03

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy