Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

ix 05 STRATEGI MEMPERKASA KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN PEKERJA SEKTOR AWAM Strategi memperkasa Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Pekerja Pelaksana Dalam Sektor Awam menyorot secara kritikal cabaran utama yang dihadapi penjawat awam, termasuk beban kerja berlebihan, tekanan kewangan, konflik kerja–keluarga serta persekitaran kerja yang kurang kondusif yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan mental mereka. Berdasarkan analisis Fishbone, TOWS, dan ERRC, artikel ini mengemukakan tiga cadangan dasar utama: (i) memperkukuh dasar pembudayaan kesihatan mental di sektor awam melalui kempen kesedaran, program sokongan psikososial, dan pelaksanaan dasar kerja fleksibel; (ii) mengintegrasikan penilaian psikologi dalam sistem penilaian prestasi bagi memastikan kesejahteraan mental diiktiraf sebagai komponen penting pembangunan sumber manusia; dan (iii) membangunkan Akta Psikologi Malaysia untuk menginstitusikan profesion psikologi secara beretika, profesional, dan bersepadu. 06 STRATEGI MEMPERKUKUH KESEJAHTERAAN KEPIMPINAN INSTITUSI TVET Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan pemacu utama pembangunan modal insan berkemahiran tinggi bagi menyokong aspirasi negara, namun keberkesanannya sangat bergantung kepada kesejahteraan psikologi kepemimpinannya. Pemimpin TVET yang seimbang mental dan emosinya mampu mencipta persekitaran pembelajaran kondusif, meningkatkan produktiviti, serta menjamin daya saing graduan. Sehubungan itu, pelaksanaan program latihan kepimpinan berstruktur, penambahan peruntukan kewangan dan kemudahan setaraf industri, serta pewujudan sistem sokongan psikologi komprehensif sebagai langkah strategik untuk memperkukuh ketahanan, kelestarian dan keberkesanan institusi TVET dalam memenuhi aspirasi pembangunan negara. PENDAHULUAN

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy