Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

69 berada di awal perkhidmatan (1 hingga 3 tahun) dengan justifikasi agar kumpulan penjawat awam ini sentiasa mampan apabila berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam alam pekerjaan. Modul MKI ini sesuai untuk diterapkan dalam Program Transformasi Minda (PTM), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang telah sedia ada. Disamping tiga objektif PTM (Negara dan Perkhidmatan Awam; Tanggungjawab dan Peranan Pegawai; Budaya Kerja Kelas Pertama), modul MKI dapat diterapkan dengan mewujudkan satu lagi objektif iaitu Memperkasakan Psiko-Spiritual Penjawat Awam Malaysia. Bagi tujuan ini unit MKI yang diterapkan dalam PTM adalah Unit 5 (Minda Positif) yang berfokus kepada mengenali diri; Unit 6 (Inspirasi) dan Unit 7 (Yakin Boleh) yang berfokus untukmembersihkan hati; dan Unit 8 (Azam/Muhasabah) yang bertujuan untuk pertumbuhan diri/pengisian hati. Matlamat utama latihan ini adalah untuk memastikan penjawat awam mempunyai ketahanan psikologi dan spiritual sebagai asas daya-tindak. Penjawat awam yang mempunyai kesejahteraan spiritual yang baik cenderung untuk lebih tenang dan positif, dapat membantu mereka menguruskan ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Dalam masa yang sama diharapkan akan terbina hubungan yang lebih baik dengan rakan sekerjadan seterusnyameningkatkan prestasi kerja secara keseluruhan. Keunikan MKI berbanding dengan modul-modul latihan yang lain adalah asas MKI menggabungkan aspek psiko-spiritual Islamdan Barat. Bagi menjelaskan cadangan penyelesaian menggunakan MKI, Analisis Eliminate-Reduce-Raise-Create ( ERRC ) ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 4 : Cadangan Penggunaan MKI berdasarkan Analisis ERRC Eliminate Ketidaksejahteraan psikologi Reduce Pemikiran, tingkahlaku & emosi negatif Raise Kualiti hubungan; Kemahiran daya tindak Create Kesedaran; kebahagiaan Secara ringkasnya, penerapan elemen psiko-spiritual dalam Program Transformasi Minda, JPAM bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi penjawat awam digambarkan dalam infografik berikut: ELEMEN PSIKO-SPIRITUAL DALAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI 02

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy