Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
68 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI awam ialah kemahiran pekerjaan dan imbuhan kewangan. Dalam hal ini penjawat awam mempunyai kemahiran, kompetensi dan bakat dalam bidang masing-masing dan dalam masa yang sama mendapat imbuhan kewangan yang setimpal dengan hasil kerja masing-masing. Walaubagaimana pun, terdapat segelintir penjawat awam yang mempunyai kelemahan dari segi resiliensi dan daya tindak terutama dalam menguruskan emosi, keluarga dan kewangan yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakstabilan fizikal dan mental. Hal ini boleh menjejaskan prestasi kerja penjawat awam dan boleh membawa kepada ketidaksejahteraan psikologi. Dalam situasi ini, peluang yang tersedia bagi penjawat awam ialah meningkatkan keupayaan diri melalui sokongan psiko-spiritual, disiplin pengurusan diri dan keluarga serta menyertai program pementoran yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan diri. Manakala ancaman yangmungkin dihadapi penjawat awam adalah ketidakstabilan fizikal dan mental iaitu tekanan dan kemurungan yang terhasil daripada sokongan persekitaran yang lemah. Jadual 1 menjelaskan hasil analisis SWOT . Jadual 3 : Analisis SWOT Kekuatan Kemahiran dalam pekerjaan; Imbuhan kewangan Kelemahan Resiliensi & Daya tindak; pengurusan emosi, keluarga dan kewangan Peluang Peraturan-kendiri; Sokongan psiko-spiritual, disiplin pengurusan diri dan keluarga, program pementoran Ancaman Ketidakstabilan fizikal & mental; Tekanan & kemurungan; Sokongan persekitaran yang lemah 5.0 SYOR DASAR 5.1 Penerapan Elemen Psiko-spiritual Hasil daripada kajian Intervensi Modul Kaunseling Islam (MKI), syor dasar yang dapat dikemukakan ialah dengan melaksanakan latihan pembangunan kesejahteraan psiko-spiritual bagi penjawat awam. Syor latihan ini disaran kepada kumpulan penjawat awam yang
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy