Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

67 Dapatan daripada temubual menunjukkan responden telah menunjukkan peningkatan dari segi tingkahlaku, emosi, amarah, akhlak dan disiplin melalui proses intervensi MKI. Hasil analisis pelaksanaan MKI menunjukkan peserta kajian umumnya memberikan maklum balas yang baik terhadap intervensi MKI terutama dari segi kesejahteraan emosi, peningkatan dari segi tingkahlaku dan disiplin serta memahami hala tuju kehidupan dengan pengurusan diri yang lebih baik. Dapatan ini menggambarkan proses penyucian diri yang digariskan dalam MKI membantu responden untuk memperbaiki pemikiran dan tingkah laku termasuk peningkatan dalam sikap positif, kesabaran, dan rasa syukur. Maklum balas juga mendapati modul ini berkesan dalam membantu peserta mencapai matlamat pemerkasaan diri dan kesejahteraan holistik serta menjadi panduan bagi meningkatkan pembinaan jati diri yang kukuh, menjadikan mereka lebih berdaya tahan dan mampu berdiri teguh dalam menghadapi cabaran hidup. Walaupun intervensi modul ini dilaksanakan kepada remaja sekolah, namun ianya boleh dilaksanakan kepada pekerja atau penjawat awam yang telah mencapai usia matang. Analisis SWOT : Intervensi Psiko-Spiritual Bagi Meningkat Kesejahteraan Psikologi Penjawat Awam Dapatan kajian ini memberi panduan penting bagi syor dasar intervensi dan strategi untuk memupuk kesejahteraan psikologi dalam kalangan penjawat yang berhadapan dengan pelbagai cabaran agar dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara. Perasaan sejahtera dari segi psikologi dan spiritual seperti ini perlu dipupuk dan disemai dalam diri setiap individu terutama dalam kalangan penjawat awam di Malaysia. Hal ini kerana penjawat awam menghabiskan satu pertiga masanya di tempat kerja berbanding di rumah. Penjawat awam yang mempunyai kesejahteraan diri yang tinggi biasanya mempunyai daya- tindak yang baik dalammengendalikan emosi danmembuat keputusan yang beretika serta menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Nilai-nilai ini adalah selaras dengan prinsip-prinsip perkhidmatan awam yang menekankan keadilan, kesaksamaan, dan tanggungjawab sosial (Malaysia MADANI, 2023). Bagi menjelaskan permasalahan kesejahteraan psikologi penjawat awam, Analisis Strength-Weakness-Opportunity-Threat ( SWOT ) digunakan. Dari segi kekuatan yang dimiliki oleh penjawat ELEMEN PSIKO-SPIRITUAL DALAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI 02

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy