Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
viii KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI 03 STRATEGI PENINGKATAN RESILIENSI AKADEMIK PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA Tajuk ini membincangkan strategi peningkatan resiliensi akademik pelajar dalam bidang STEM di Malaysia. Pendidikan berkualiti selaras denganSDG4amat pentingbagimelahirkan modal insan berdaya saing dalam era Revolusi Industri 4.0. Namun, statistik menunjukkan penyertaan pelajar dalam aliran STEM menurun saban tahun. Kekurangan resiliensi akademik menyebabkan pelajar mudah berputus asa, menjejaskan pencapaian akademik, serta mengurangkan minat dalamSTEM. Situasi ini mengancamkeupayaan negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan menghambat pertumbuhan sektor berteknologi tinggi. 04 PEMBUDAYAAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI GURU PENDIDIKAN KHAS Pendidikan Khas adalah salah satu bidang profesional yang amat mencabar dan semakin rumit serta sangat kompleks. Reka bentuk pekerjaannya lebih sukar, sengit, mencabar dan menjurus kepada tekanan serta lebih berisiko untuk tidak kekal dalam profesion berbanding dengan guru biasa. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas itu sendiri adalah sangat tertekan dan boleh mengganggu kesejahteraanpsikologiguru.TanggungjawabGuruPendidikan Khas (GPK) adalah dinamik dan sangat besar kerana mereka perlu menangani murid yang mempunyai pelbagai kategori dan keperluan seperti masalah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran. Kepelbagaian rencam bentuk tugas dan tanggungjawab ini turut menjadi faktor yang menyebabkan tekanan yang tinggi dihadapi oleh GPK dan pembudayaan kesejahteraan psikologi GPK perlu diambil tindakan yang sewajarnya.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy