Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

60 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI 1. Pembinaan matlamat. Matlamat umum modul ini ialah sebagai salah satu bentuk intervensi yang boleh digunakan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh responden dan membantu perkembangan diri mereka 2. Mengenalpasti teori, falsafah, rasional, konsep, sasarandanmasa. Teori, falsafah dan konsep asas modul ini adalah berlandaskan prinsip asas Islam dan gagasan konsep yang telah di utarakan oleh para sarjana Islam. Secara umumya falsafah kewujudan manusia, aspek kemanusiaan serta matlamat kejadian manusia menjadi intipati asas dalam konsep MKI. Sasaran modul ini adalah responden yang berusia 18 tahun dan keatas. Tempoh masa yang disasarkan dalam modul ini sebanyak 6 unit yang mengambil masa 40 hingga 60 minit bagi setiap unit. 3. Kajian keperluan. Berdasarkan kajian keperluan yang telah dijalankan, modul yang dibina ini akan mengambilkira kesesuaian teknik yang akan digunakan seperti teknik bersoal jawab dan psiko-pendidikan. 4. Menetapkan objektif. Objektif modul ini ialah:i. memastikan klien faham tentang konsep matlamat kewujudan manusia; ii. mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri, dan iii. mengetahui cara mengatasi masalah diri 5. Pemilihan isi kandungan. Isi kandungan modul ini adalah merujuk kepada konsep muhasabah al-nafs yang digariskan oleh sarjana Islam. 6. Pemilihan logistik dan media. Pemilihan logistik ialah tugasan rumah dan bahan bercetak yang boleh digunakan oleh responden. Alatanmedia pulamerujuk kepada video ataumedia yang berkait dengan modul ini. 7. Menyatukan draf. Semua unit dalam modul ini disatukan. Dapatan bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan modul menunjukkan kesemua pakar bersetuju untuk menerima dan mengesahkan modul kaunseling Islam seperti berikut;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy