Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
59 setelah mereka mengikuti dan menghabiskan setiap aktiviti. Soal selidik dianalisis bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan dengan menggunakan kaedah pekali alpha Cronbach . Menurut Mohd Majid Konting (2000), sekiranya nilai kebolehpercayaan yang diperoleh tinggi, palingminima .60 bermaknamodul mempunyai tahap konsistensi yang baik. Sebaliknya, nilai kebolehpercayaan yang tidak mencapai nilai .60, bermakna modul pada tahap konsistensi yang kurang baik dan perlu diperbaiki. Fasa terakhir adalah bagi menilai keberkesanan modul ini. Temubual dengan guru dan rakan responden kajian serta pemerhatian melalui Mental Status Examination (MSE) digunakan. Dua orang responden kajian dipilih yang mempunyai kriteria; 1. mempunyai masalah disiplin berdasarkan rekod guru disiplin, 2. selalu ponteng sekolah, 3. menganggu rakan kelas yang boleh membawa kepada tingkahlaku pergaduhan dan merosakan harta benda sekolah apabila dipengaruhi oleh marah. Dari segi latarbelakang dan amalan keagamaan, kedua-dua responden tergolong dalam kumpulan yang mempunyai latarbelakang agama yang sederhana dan lemah. 4.0 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN Hasilanalisispadafasapertama, kerangkamodel yangtelahdikenalpasti adalah merujuk kepada model kaunseling islam (Nik Rosila, 2011) yang mengandungi dimensi-dimensi yang bersesuaian bagi pembinaan modul kaunseling islam yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kelemahan dan kekuatan diri, berusaha menghindari kelemahan dan sifat negatif melalui proses penyucian jiwa bagi melahirkan sifat yangpositif ( tazkiyyah al-nafs ). Dimensi-dimensi dalam model ini ialah; 1. Mengenal diri (kenal keistimewaan diri, matlamat hidup, permasalahan diri, tindakan untuk perubahan), 2. Pembersihan hati daripada sifat yag tercela (perjuangan jiwa), 3. Pengisian hati dengan sifat yang terpuji (latihan dan usaha kendiri atau mujahadah), 4. Penilaian kendiri (muhasabah). Bagi fasa kedua ialah pembinaan modul berdasarkan saranan pembinaan modul berdasarkan Model Sidek dan Jamaludin (2005). Aktiviti yang dicadangkan oleh Model Sidek dan Jamaludin (2005), telah disesuaikan dengan model tazkiyyah al-nafs (al-Ghazali, 1998), adalah seperti berikut; ELEMEN PSIKO-SPIRITUAL DALAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI 02
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy