Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
58 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI Russel (1974) yang mempunyai lima pernyataan mengenai kesahan modul; dan b) kesahan dari segi pembahagian konstruk (sesi) dan sub- konstruk (aktiviti dalam sesi). Bagi tujuan ini, enam orang pakar dalam bidang keagamaan (2), kaunseling dan psikologi (2) dan pembinaan modul (2) dipilih. Perkara ini sejajar dengan proses kesahan modul yang dilakukan oleh Ahmad Jazimin et al. (2011). Formula oleh Sidek & Jamaludin (2005) bagi mengesahkan sesuatu modul digunakan iaitu apabila kesahan kandungan yangmencapai 70 peratus telah dianggap mencapai tahap pencapaian tinggi. Formula tersebut ialah: Jumlah skor pakar (X) x 100% = tahap penguasaan kesahan kandungan Jumlah skor sebenar (Y) Dalam hal ini, pengkaji telah menyediakan satu salinan lengkap modul kaunseling Islam yang mengandungi pengenalan, objektif umum modul, asas teori, kandungan keseluruhan dan lampiran-lampiran modul untuk diteliti, dinilai serta diberi cadangan oleh panel pakar. Bagi menguji kebolehpercayaan modul, 10 orang peserta tingkatan empat terlibat dalam aktiviti intervensi modul. Ciri- ciri peserta adalah; bersekolah di sekolah harian, berpencapaian akademik sederhana, dan mempunyai rekod tingkah laku disiplin kategori tinggi dan sederhana. Pemilihan mereka adalah bersesuaian dengan kehendak kajian. Menurut Mohammad Aziz Shah (2010), kebolehpercayaan modul merujuk kepada ketekalan dan kestabilan sesuatu modul di dalam merawat apa yang sepatutnya dirawat seperti di dalam objektif sesuatu modul. Pengujian kebolehpercayaan sesuatu modul boleh dilihat melalui sejauh mana peserta kajian dapat mengikuti kandungan sesuatu modul (Rusell, 1974). Untuk menguji nilai pekali kebolehpercayaan modul, kaedah membina soal selidik dilakukan berdasarkan objektif sesuatu modul atau langkah-langkah pelaksanaan di dalam modul berkenaan (Jamaludin & Sidek 2005). Dalam kajian ini, kaedah dalam membina item bagi menentukan kebolehpercayaan modul ini adalah berdasarkan kepada objektif pada setiap aktiviti seperti saranan Jamaludin dan Sidek (2005). Penyelidik telah menyediakan set soal selidik berdasarkan objektif kajian untuk menguji kebolehpercayaanmodul. Set soal selidik ini diisi oleh responden
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy