Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
57 mempunyai empat dimensi utama iaitu; Aqidah, Syariat, Psikologi dan falsafah, dan Akhlak. Model kaunseling Islam adalah bersesuaian dengan model tazkiyyat al-nafs al-Ghazali (1998). Pada fasa kedua melibatkan aktiviti pembinaan modul. Kerangka modul pembinaan modul adalah merujuk kepada model pembinaan modul oleh Sidek dan Jamaludin (2005) kerana ia merupakan model integrasi yang komprehensif serta melalui proses percubaan atau rintis untuk melihat kelemahan dan kekurangan yang wujud. Modul Sidek dan Jamaludin (2005) melibatkan dua peringkat. Peringkat pertama ialah penyediaan draf yang melibatkan elemen-elemen seperti pembinaan matlamat; mengenalpasti teori, rasional, falsafah, konsep, sassaran&tempohmasa; kajian keperluan; menetap objektif; pemilihan isi kandungan; pemilihan strategi; pemilihan logistik; pemilihan media; menyatukan draf modul. Peringkat kedua ialah mencuba dan menilai modul iaitu; mencuba modul; kajian rintis; menguji kesahan dan kebolehpercayaan; menilai keberkesanan modul. Setelah modul berjaya dibina, fasa seterusnya ialah proses menguji kesahan dan kobolehpercayaan modul. Kesahan sesuatu modul akan menggambarkan sejauh mana hasil yang sepatutnya di capai. Ini bermakna modul yang mempunyai kesahan yang tinggi akan menghasilkan pencapaian mengikut objektif yang ingin diukur oleh pengkaji. Kesahan modul merujuk kepada ketepatan konsep dan kandungan sesuatu modul dengan menggunakan Model Russel (1974). Russel menyenaraikan lima ciri utama, iaitu: a) Menepati sasaran populasi; b) Situasi pengajaran atau kaedah perlaksanaan modul adalah bersesuaian; c) Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan atau kaedah pelaksanaan modul adalah mencukupi; d) Modul berjaya menyebabkan berlakunya peningkatan pencapaian pelajar dalam aspek yang disasarkan; dan e) Modul berjaya mengubah sikap responden ke arah yang lebih cemerlang. Kesahan kandungan modul dianggap baik sekiranya ia dapat mengukur semua isi kandungannya dengan berkesan. Untuk menentukan kesahan sesuatu alat ukuran atau modul, kaedah yang boleh digunakan ialah dengan meminta maklum balas dan pandangan pakar (Mohd Majid Konting, 2000). Dalam kajian ini, kesahan kandungan kaunseling Islam akan menerimakritikan luar ( external criticism )dilakukanmelalui pengesahan pakar untuk melihat kandungan dan aplikasi modul secara menyeluruh. Dua kaedah telah digunakan iaitu: a) Pengesahan berdasarkan kaedah ELEMEN PSIKO-SPIRITUAL DALAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI 02
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy