Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
56 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI 2001). Hal ini kerana, sebagai sebuah masyarakat yang mendokong agama dan adat, tidak semua permasalahan psikologi dapat dikongsi dengan orang lain atau kaunselor. Sebaliknya, solusi yang paling ampuh adalah datang daripada kekuatan dalaman individu itu sendiri. Justeru, Modul Kaunseling Islam (MKI) boleh membantu individu memperkasakan kekuatan dalaman masing-masing. Modul Kaunseling Islam memusatkan aspek pemerkasaan diri melalui proses penyucian diri/jiwa ( tazkiyyah al-nafs ) agar sesuatu strategi daya tindak bersesuaian dengan fitrah semula jadi insan (Al-Ghazali, 2005; Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1995). Modul ini berteraskan pendekatan penyucian jiwa yang mengambil kira aspek penyucian dan pertumbuhan. Penyucian diri ialah membuang sifat-sifat buruk dan negatif yang bercanggah dengan agama dan norma masyarakat yang boleh menimbulkan kecelaruan dan ketidaktenteraman jiwa. Dalam hal ini, Pertumbuhan ialah proses usaha peningkatan kualiti diri dan jiwa denganmelakukan tindakan yang positif dengan bersungguh-sungguh disamping meningkatkan hubungan dengan Allah supaya hati dan jiwa menjadi tenang dan bersih. Prinsip penyucian jiwa mempunyai lima elemen iaitu; mengenali diri, pembersihan hati, pengisian hati, penilaian kendiri dan matlamat kebahagiaan. Teras pembinaan modul ini juga menerapkan falsafah Barat yang tidak bercanggah dengan paradigma Islam yang terkait dengan aspek positif manusia dan kemanusiaan (Nik Rosila, 2016; Nik Rosila, 2019). Namun begitu, Modul Kaunseling Islam ini perlu dipiawaikan secara saintifik dan empirikal agar modul ini dapat digunapakai oleh penyelidik dan orang awam tanpa ragu-ragu seperti modul-modul konvensional lain serta menjadi alternatif kepada pengamal kaunseling dan psikoterapi di Malaysia. Kajian pembinaan Modul Kaunseling Islam (Nik Rosila, 2019) menggariskan tiga objektif iaitu; 1. Membina modul kaunseling islam 2. Menguji kesahan dan kebolehpercayaan modul yang dibina 3. Menilai keberkesanan modul yang dibina 3.0 METODOLOGI Metodologi kajian ini melibatkan beberapa fasa penting. Pada fasa pertama, tinjauan literatur dilaksanakan dengan merujuk penelitian terhadap kerangka model kaunseling Islam (Nik Rosila, 2016) yang
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy