Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

55 kerajaan memandangkan penjawat awam merupakan nadi utama dalam pembangunan negara. Berdasarkan statistik (Malaysian Press Institute, 2023) sebanyak 3.35% daripada 76,381 penjawat awam dalam sektor kesihatan dikesan mengalami gejala tekanan, keresahan, dan kemurungan pada tahun 2021. Manakala kes bunuh diri akibat masalah kesihatan mental meningkat sebanyak 81% pada tahun 2021 berbanding tahun 2020. Laporan Indeks Kesejahteraan Psikologi (2024) pula mendapati tahap kesejahteraan psikologi penjawat awam di Malaysia berada pada tahap sederhana melalui pengukuran lima domain iaitu emosi positif, emosi negatif, kepuasan hidup, kefungsian psikologi dan kesejahteraan sosial. Dalam hal ini, al-Ghazali (2001) menyatakan bahawa kesihatan psikologi manusia berpengkalan di hati. Beliau menegaskan bahawa ketenteraman hati adalah asas kepada kesihatan rohani dan jasmani. Manakala perasaan ragu-ragu dan gelisah adalah pangkal segala penyakit. Individu yang berada dalam keadaan tidak sejahtera perlu dibantu agar dia dapat meneruskan kehidupannya dengan lebih baik pada masa akan datang. Pekeliling Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (2024) telah menggariskan beberapa pendekatan dalammenangani permasalahan kesejahteraan psikologi dalam kalangan penjawat awam iaitu, i) Tempoh Pemerhatian Dasar Pemisah untuk menjawat awam yang berhadapan dengan exit policy , ii) Gangguan Seksual, iii) Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), dan iv) Pementoran. Namun begitu, Indeks psikologi ini perlu ditambah baik dengan memasukkan aspek kesejahteraan psiko- spiritual sebagai teras penting dalam perkembangan kesejahteraan psikologi penjawat awam. Hal ini selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI dan kecemerlangan Malaysia (Malaysia MADANI, 2023). Sebagai sebuah negara yang bercirikan masyarakat kolektivisma (Sue & Sue, 2023; Dzulkifli, 2020), Agama dan spiritual perlu dibudayakan dan menjadi karakter bagi setiap penjawat awam di Malaysia. Permasalahan kesejahteraan psikologi masih memerlukan pemantauan kendiri yang berterusan. Pemantauan kendiri ini merujuk kepada daya-tindak kesejahteraan psiko-spiritual diri individu. Kajian-kajian konseptual dan deskriptif (Nik Rosila, 2019; Nik Rosila, 2016) mendapati daya tindak berpendekatan Islam dapat membantu meningkatkan kesedaran psiko-spiritual individu terutama apabila berada dalam situasi ketegangan. Namun, strategi ini perlu dinormalisasikan dan di lestarikan dalam pemikiran dan tingkahlaku agar ia dapat menjadi suatu habit atau kebiasaan (Al-Ghazali, ELEMEN PSIKO-SPIRITUAL DALAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI 02

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy