Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

54 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI mentakrifkan kesejahteraan psikologi sebagai mengandungi elemen berkaitan emosi; kefungsian; dan kepuasan hidup (PBB, 2021). Selaras dengan definisi ini, maka pembangunan Indeks Kesejahteraan Psikologi telah mengambil kira penilaian berkaitan emosi, kefungsian individu dan sosial. Turut dimasukkan juga dalam indeks ini ialah penilaian terhadap kualiti hidup atau kepuasan hidup (Ryff, 1995). Kesejahteraan psikologi juga menjadi objektif ke-3 dalam Matlamat Pembangunan Mampan ( SDG , 2024) dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI iaitu “..suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat…” (Definisi MADANI, 2023). Malahan, sebagai sebuah negara yang mendokong pegangan Agama sebagai teras perlembagaan, aspek spiritual perlu menjadi elemen utama dalam Pekeliling Kesejahteraan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Hal ini kerana konsep kesejahteraan psikologi sangat berkait dengan kesejahteraan spiritual (Al-Ghazali, 2005; Malik Badri, 2000). Penghuraian sarjana-sarjana Islam dalam hal ini jelas menggambarkan pertalian yang erat antara kedekatan jasad manusia dengan pemikiran Agama dan spiritual (Al-Ghazali, 2005; Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1995; Nik Rosila, 2011). Al-Ghazali (2001) dalam bukunya Kimiya al-Saadah menjelaskan bahawa manusia pada hakikatnya adalah makhluk yang hina, lemah dan sering dilanda rasa tidak sejahtera, rasa takut dan bimbang, rasa resah dan gelisah dalam menjalani kehidupan di dunia. Sungguhpun pengalaman-pengalaman hidup digambarkan sebagai ujian kepada manusia, namun terdapat beberapa perkara yang dilakukan oleh manusia yang akan mempengaruhi situasi diri mereka selepas kematian seperti ilmu dan amalan baik. Dalam erti kata lain, pengisian ilmu bersifat spiritual amat perlu bagi setiap manusia apatah lagi bagi penjawat awam di Malaysia. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Isu kesejahteraan psikologi berkait rapat dengan kehidupan manusia tanpa mengira peringkat umur dan pekerjaan. Diri yang tidak sejahtera mengundang pelbagai tarikan kepada perlakuan dan pemikiran negatif termasuk menamatkan nyawa sendiri (Life New Agency, 2021; Nur Syahirah & Norlena, 2021). Masalah kesejahteraan psikologi penjawat awam di Malaysia merupakan isu penting yang sering menjadi fokus

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy