Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
53 ELEMEN PSIKO-SPIRITUAL DALAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI NIK ROSILA NIK YAACOB, PhD Profesor Madya Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia nikrusila@usm.my 1.0 PENGENALAN Perkembangan global menyaksikan kebanyakan negara mengalami prosespemodenanyangsangatketaradengankemudahaninfrastruktur yang semakin pesat, perkembangan teknologi digital yang semakin meluas, dankerencamanaktivitimanusia. Sebahagianbesar perubahan ini dinikmati secara besar-besaran oleh manusia bagi meneruskan kelangsungan hidup dan meningkatkan pencapaian diri. Namun begitu, tidak kurang juga individu yang berhadapan dengan pelbagai krisis kemanusiaan ekoran daripada hambatan pemodenan yang sangat pantas ini (Naisbitt et. al., 2001). Naisbitt et.al . (2001) menggambarkan pembangunan yang kompleks telah mengakibatkan asas keinsanan seperti hubungan sesama manusia, sistem kemasyarakatan yang berteraskan tradisi, sistem kerohanian, kecintaan terhadap alam dan kestabilan emosi semakin terhakis. Situasi ini juga merupakan antara pencetus kepada permasalahan ketidaksejahteraan psikologi manusia. Hal sedemikian ini boleh merencatkan perkembangan kesejahteraan diri dan mendorong kepada pelbagai masalah psikologi seperti kemurungan, tekanan, kebimbangan dan kecenderungan untuk membunuh diri (Dzulkifli, 2020). Kesejahteraan psikologi merupakan sesuatu yang bersifat multidimensional dan didefinisikan dalam pelbagai bentuk. Walaupun secara amnya, tiada definisi tunggal, namun terdapat kesepakatan umum dalam kalangan sarjana bahawa individu yang sejahtera dari segi psikologinya seharusnya mempunyai mood dan emosi positif (gembira, bahagia, bersemangat dan lain- lain); rendah emosi negatif (takut, bimbang dan lain-lain); berpuas hati dengan kualiti kehidupannya (pekerjaan, kekeluargaan dan lain-lain); dan berfungsi secara positif (memiliki autonomi, memahami makna dan tujuan hidup). Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga turut ELEMEN PSIKO-SPIRITUAL DALAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI 02
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy