Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
42 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI 8.0 PENUTUP Secara kesimpulannya, dapatan keseluruhan kajian yang dibincangkan dalam artikel ini boleh dirumuskan dalam bentuk kerangka infografik di bawah. Kajian ini turut mengesyorkan agar pihak kerajaan memberi penekanan khusus terhadappembangunandasar danpolisi kewargaan digital, pengukuhan tahap kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan, dan bertindak tegas dengan menguatkuasakan standard selamat melalui reka bentuk ( safety-by-design ) dan bertanggungjawabmelalui reka bentuk ( responsible-by-design ). Syor-syor ini dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan psikologi kepada semua bukan sahaja penjawat awam tetapi juga kepada rakyat. Strategi pencegahan dan garis panduan yang dicadangkan adalah menyeluruh kerana ia merangkumi pembuatan dasar dan polisi oleh kerajaan di peringkat makro, kemudianmelalui pendidikansecaraberterusandalamkalangan individu dan masyarakat, dan akhirnya kepada peringkat industri. Namun begitu, kesemua syor, strategi, dan cadangan yang dinyatakan tidak akan berjaya dengan sendiri. Tanpa tekad politik untuk tindakan pantas di pihak kerajaan dan kesungguhan pihak industri untuk mematuhi standard yang ditetapkan serta kerjasama semua pihak, jenayah digital dan teknologi akan terus kekal menghantui keselamatan negara dan seterusnya menjejas kesejahteraan psikologi rakyat. Akhir kata, apa-apa sahaja dasar dan polisi yang diperkenalkan perlu bertujuan untuk memperkasa dan melengkapkan semua pihak dengan maklumat, kemahiran, mekanisme, dan prosedur yang sewajarnya secara berterusan demi menjamin keselamatan dalam talian dan kesejahteraan psikologi secara keseluruhannya.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy