Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
38 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI 7 Keselamatan digital • M e m p u n y a i kemahiran untuk mengesan ancaman siber seperti perdayaan ( fraud ), penipuan dalam talian ( scam ), kekerasan atau paksaan, kebocoran data, ancaman virus, serangan perisian hasad, serta kandungan yang berbahaya. • M e n g g u n a k a n strategi keselamatan danalatperlindungan yang sesuai dalam menangani ancaman siber tersebut. • Ketahui dan patuhi polisi, arahan, peraturan, garis panduan, dan pekeliling berkaitan keselamatan siber yang dikeluarkan oleh agensi/organisasi dan kerajaan. • Amalkan tabiat keselamatan siber yang baik seperti: (i) menggunakan kata laluan yang kukuh, pengesahan dua faktor (2FA), dan penyulitan data. (ii) m e n e t a p k a n keselamatan terkini pada peranti dan mengemaskini perisian keselamatan. (iii) melakukan audit atau penilaian risiko keselamatan siber secara berkala, dan (iv) tidak memuat turun aplikasi tidak diketahui tahap keselamatan. • Peka dengan trend ancaman siber terkini dan laporkan dengan segera sebarang insiden berkaitan keselamatan dalam talian dan jenayah siber kepada pihak berkaitan. • Pihak majikan serta pengurusan perlu melindungi pencari kerja sama ada dalam bidang perkhidmatan awam ataupun swasta supaya tidak terdedah kepada risiko penipuan pekerjaan dalam talian.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy