Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
36 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI 3 Penglibatan sivik dalam talian • Mengambil bahagian secara aktif dalam p e r b i n c a n g a n awam digital dan menyokong proses demokratik dan ketelusan dalam pentadbiran. • Manfaatkan platform digital untuk m e m p r o m o s i k a n demokrasi dan ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan. • Sokong inisiatif sosial dan advokasi dalam talian yangmemperkasa masyarakat. 4 Literasi media dan maklumat • Memiliki kemahiran untuk menghasilkan, mencari, mengatur, menganalisis, dan menilai media dan maklumat dengan penaakulan kritis. • Periksa dan semak dengan teliti sebelum membuat sebarang hantaran dalam talian. • Pastikan maklumat adalah daripada sumber yang sahih bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang salah. • Peka, fahami, dan waspada terhadap berita palsu, penipuan dalam talian, dan kesan-kesan negatif akibat penyalahgunaan media sosial, Internet, dan teknologi. 5 Literasi digital • M e n g e n a l pasti, mencari, memahami, menilai, menganalisis, dan m e n g g u n a k a n teknologi digital dan maklumat dengan cekap, bijak, dan bertanggungjawab serta memahami kesan sosial dan etika yang berkaitan dengan penggunaan teknologi. • Tingkatkan ilmu dan kemahiran seiring dengan perkembangan teknologi untuk tujuan kebaikan secara berterusan. • Peka dan faham cara teknologi berfungsi serta tahu bagaimana untuk melindungi diri dan agensi/organisasi dalam talian.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy