Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

35 Garis panduan yang dicadangkan ini bertujuan untuk memudah cara serta memberi panduan kepada pihak berkuasa, penjawat awam, dan pihak berkepentingan tentang bagaimana untuk mengintegrasikan prinsip-prinsip beretika, bertanggungjawab, dan selamat dengan elemen-elemen kewargaan digital bagi memastikan keselamatan dalam talian. Jadual 7 : Cadangan garis panduan kewargaan digital untuk perkhidmatan awam No. Elemen kewargaan digital Tanggungjawab Tindakan 1 Identiti warga digital • Membina dan mengurus identiti yang sihat dan reputasi yang positif sebagai warganegara digital yang berintegriti, beretika, dan bertanggungjawab. • Bina jejak digital yang positif dengan hanya menyiarkan perkara yang bermanfaat. • Pastikan peranti dan maklumat rasmi disimpan dengan selamat. • Guna tetapan privasi yang tinggi dan periksa tetapan peranti secara kerap. 2 Hormat dalam talian • Berinteraksi dengan hormat dalam setiap komunikasi serta berupaya untuk menyedari, peka, dan menyokong perasaan, keperluan, dan masalah seseorang dan orang lain dalam talian • Beri perkhidmatan dengan hormat dan baik kepada semua pihak walaupun terdapat perbezaan pendapat. • Elak daripada terlibat dalam buli siber, diskriminasi, dan panggilan nama atau bahasa kasar. • Guna bahasa yang inklusif, konstruktif, dan tidak menyinggung. PEMBUDAYAAN KEWARGAAN DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM 01

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy