Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
34 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI penting untuk memastikan ketelusan dalam amalan penguatkuasaan, terutamanyadalammengurangkanrisiko-risikosepertipenyalahgunaan kuasa, penapisan idea, atau manipulasi politik. Seterusnya, pembangunan dasar dan polisi yang khusus membolehkan tindakan pantas diambil bagi mengelakkan sebarang peristiwa yang tidak diingini. Berlainan daripada prinsip yang bersifat mutlak, dasar yang tepat dan anjal mampu menjangkakan perubahan konteks teknologi danbolehdisesuaikandengankeadaandankeperluan semasa. Dalam erti kata lain, dasar dan polisi yang dibangunkan perlulah peka dengan sebarang kejutan atau perubahan yang berlaku dalam teknologi terkini dan membenarkan tindakan pantas diambil bersesuaian dengan situasi. Namun demikian, penyelarasan perlu dibuat agar pertindihan antara dasar dan polisi kewargaan digital ini dengan dasar, polisi, mahupun undang-undang lain yang bolehmelemahkan hukuman bagi kesalahan serius dapat dihalang. Sebagai contoh, dalam kesalahan membabitkan eksploitasi kanak-kanak dalam talian, dasar, polisi, atau undang-undang yang mempunyai bidang kuasa, pertuduhan, dan hukuman yang lebih berat haruslah diutamakan. Ringkasnya, penyelarasan ini penting untuk mengelakkan kekeliruan dan mungkin juga satu garis panduan untuk pendakwaan berganda diperlukan. Lanjutan daripada itu, penggubal perlu memastikan elemen- elemen kewargaan digital diterapkan dan dikuasai oleh individu, terutamanya penjawat awam, untuk memastikan keberkesanan dasar dan polisi tersebut. Elemen-elemen ini dibincangkan dengan lebih terperinci dalam bahagian seterusnya iaitu Bahagian 7. 7.0 CADANGAN GARIS PANDUAN KEWARGAAN DIGITAL UNTUK PERKHIDMATAN AWAM Berdasarkan dapatan daripada tiga kajian yang telah dijalankan, iaitu gelombang kaji selidik tahun 2021, 2022, dan 2023, analisis gambar rajah Ishikawa, dan kerangka empat tindakan Konsep ERRC, penulis ingin mencadangkan kepada pihak-pihak berwajib agar satu garis panduan untuk perkhidmatan awam dan penjawat awam berkaitan kewargaan digital perlu diwujudkan bagi memantapkan lagi kesejahteraan psikologi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy