Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
33 daripada peringkat perancangan dan pembangunan sehinggalah ke peringkat pelaksanaan dan penilaian berterusan. Secara tuntasnya, adalah wajar bagi kerajaan untuk menguatkuasakan standard selamat melalui reka bentuk ini dalam dasar dan undang-undang yang digubal agar dapat memberi perlindungan secara menyeluruh kepada pengguna. Pendekatan pencegahan ini akan memastikan pihak-pihak berkenaan memenuhi kewajipan usaha wajar mereka untuk mengambil langkah yang munasabah bagi mengelakkan kemudaratan kepada orang ramai. Situasi ini dapat menjadikan masyarakat berasa lebih selamat dan dilindungi yang seterusnya meningkatkan kesejahteraan psikologi. Di pihak penjawat awam pula, pendekatan sedemikian akan membantu kepada peningkatan tahap kewargaan digital serta tahap kebertanggungjawapan dalammemberikan perkhidmatan. Padamasa yang sama, pelaksanaan yang berkesan boleh menyumbang ke arah melestari kesejahteraan psikologi dalam perkhidmatan awam. 6.4 Cipta Atau Bangunkan (Create) Dasar Dan Polisi Kewargaan Digital Syor pembangunan dasar dan polisi yang khusus berkenaan kewargaan digital adalah relevan dengan mengambil kira perubahan dalam pengkonsepan tahap kesejahteraan psikologi semasa yang semakin kompleks. Antara cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah memperincikan takrifan dan definisi kewargaan digital dengan mengadaptasi perspektif dan konteks masyarakat Malaysia, terutamanya dari sudut perundangan, sosial, dan psikologi. Aspek ini penting kerana definisi yang jelas akanmenerangkan unsur-unsur yang harus ada bagi mengelakkan tafsiran subjektif dan potensi penindasan terhadap kebebasan bersuara. Sehubungan itu juga, dasar dan polisi yang digubal perlu mempunyai mekanisme akauntabiliti yang kukuh dan mentakwilkan tindakan atau operasi yang spesifik yang perlu diambil. Dalam hal ini, peranan, skop, serta tahap akauntabiliti pihak-pihak berkaitan perlu ditentukan supaya semua pihak jelas mengenai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan teknologi digital digunakan secara selamat dan bertanggungjawab. Perkara ini PEMBUDAYAAN KEWARGAAN DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM 01
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy