Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
32 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI tepat bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi penjawat awam. Pendekatan sebegini lebih menyeluruh dan mampan kerana ia memberi ruang kepada setiap individu untuk berkembang dengan lebih berdaya saing, sekaligus mewujudkan pekerja dan masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin. Namun demikian, keadaan ini memerlukan usaha yang bersepadu dan berterusan daripada pelbagai pihak, termasuklah penggubal dasar, agensi kerajaan, badan profesional, pihak industri, orang ramai, dan penjawat awam itu sendiri. 6.3 Tingkatkan ( Raise ) Tumpuan Serta Keberkesanan Penguatkuasaan Undang-Undang Ke Atas PlatformMedia Sosial, Pengeluar Peralatan Dan Pengendali Telekomunikasi, Serta Syarikat-Syarikat Media Isu keselamatan dan jenayah dalam talian adalah isu global yang bukan sahaja berlaku di kebanyakan negara di dunia malah turut berlaku di Malaysia. Isu-isu tersebut semakin rumit lebih-lebih lagi apabila wujudnya perkembangan pesat kecerdasan buatan ( AI ). Beberapa negara telah menggubal undang-undang khusus untuk melindungi pengguna seperti Akta Keselamatan Dalam Talian 2021 di Australia dan Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian 2023 serta Kod Amalan bagi Perkhidmatan DalamTalian Bersesuaian Dengan Umur di United Kingdom. Singapura turut memperkenalkan Kod Amalan bagi Keselamatan Dalam Talian pada tahun 2023 (BERNAMA b , 2024). Di Malaysia, kerajaan sedang berusaha untuk membangunkan dasar perundangan yang serupa dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya akhir tahun 2024 (BERNAMA b , 2024; BERNAMA c , 2024). Apa yang menariknya ialah negara United Kingdom dan Australia telah mengambil kira prinsip selamat melalui reka bentuk ( safety-by-design ) dalam penggubalan undang-undang mereka. Antara peruntukan penting dalam undang-undang ini termasuklah meletakkan kewajipan kepada pihak seperti platform media sosial, pengeluar peralatan dan pengendali telekomunikasi, serta syarikat-syarikat media untuk memastikan kandungan, produk, dan perkhidmatan yang ditawarkan mereka adalah selamat dan sesuai untuk orang ramai. Pihak-pihak berkenaan juga mestilah proaktif dalammemasukkan ciri-ciri keselamatan ke dalam semua kandungan, produk, dan perkhidmatan mereka pada semua peringkat bermula
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy