Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

31 6.2 Kurangkan ( Reduce ) Kebergantungan Kepada Strategi Dan Program Pencegahan Yang Terlalu Berfokus Pada Aspek Pengaturan Kendiri Dan Pemantauan Individu Bagi mencapai perubahan yang lebih berkesan, terdapat keperluan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap strategi dan program pencegahan yang terlalu menumpukan perhatian kepada pengaturan kendiri dan pemantauan individu semata-mata. Sebaliknya, strategi perlu diatur bagi meningkatkan lagi efikasi kendiri dan pemerkasaan hak serta tanggungjawab setiap individu dalam masyarakat. Hasil kajian lepas telah menunjukkan bahawa tahap kewargaan digital seseorang berubah seiring dengan peningkatan kepercayaan efikasi kendiri (Choi et al., 2018; Coklar & Tatli, 2020; Mohd Mahudin et al., 2023). Ini bermakna apabila seseorang itu memiliki keyakinan yang tinggi untuk menggunakan teknologi digital, maka ia boleh menjadi peramal yang baik terhadap amalan penggunaan teknologi digital yang bertanggungjawab. Oleh sebab itu, adalah penting bagi pihak- pihak bertanggungjawab untuk memanfaatkan faktor efikasi kendiri ini dalam pembangunan dan pelaksanaan program atau strategi yang menerapkan kewargaan digital. Efikasi kendiri berkait rapat dengan hak and tanggungjawab. Maka, pembangunan sesuatu program atau strategi yang menyeluruh perlumemberi perhatiankepadapemerkasaanhakdan tanggungjawab sebagaiwargadigital. Hakdantanggungjawab ini bukansahajatertakluk kepada akses dan kesetaraan kepada kemudahan teknologi digital dan Internet, bahkan ke atas hak-hak seperti hak untuk menentukan identiti digital, hak untuk mengakses dan melindungi data peribadi, hak untuk bebas bersuara danmengeluarkan pendapat, hak untuk menggunakan teknologi digital dan Internet dengan selamat, serta hak untuk terlibat sama dalam menangani isu-isu kehidupan dan masyarakat (Custers, 2022; Gong, 2023; Pangrazio & Sefton-Green, 2021). Dalam konteks perkhidmatan awam, persekitaran yang selamat dan kondusif dapat mendukung usaha untuk meningkatkan efikasi kendiri pekerja, sekaligus dapat memantapkan proses kerja yang sedia ada dan meningkatkan kualiti perkhidmatan. Lantaran itu, penekanan terhadap program atau strategi yang meningkatkan efikasi kendiri dan memperkasakan hak dan tanggungjawab adalah langkah yang PEMBUDAYAAN KEWARGAAN DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM 01

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy