Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
30 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI 6.1 Hapuskan ( Eliminate ) Isu-Isu Sistemik Serta JurangDigital Antara Tempat, Status Sosio-Ekonomi, Pendapatan, Jantina, Umur, Tahap Pendidikan, Dan Etnik Menurut Ribbledan Bailey (2007), akses dan sokonganmerupakanaspek pertama dalam kewargaan digital. Sekiranya tahap kewargaan digital ingin ditingkatkan, maka isu-isu sistemik dan jurang digital yang wujud merentas pelbagai tempat, status sosio-ekonomi, pendapatan, jantina, umur, tahap pendidikan, dan etnik harus dihapuskan atau setidaknya dikurangkan. Ketidaksamarataan akses kepada teknologi dan literasi digital bukan sahaja meminggirkan segmen-segmen tertentu dalam masyarakat, malah menafikan mereka hak untuk berkembang dalam dunia yang semakin bergantung pada teknologi. Dalam konteks kewargaan digital, setiap rakyat harus diberi peluang yang setara untuk mengakses maklumat dan menyertai ruang digital secara bermakna. Oleh itu, menghapuskan halangan-halangan sistemik ini adalah satu keperluan mendesak - bukan sahaja untuk memperkasa setiap individu - tetapi juga untuk memastikan negara boleh bergerak maju sebagai sebuah masyarakat digital yang adil, inklusif, dan progresif. Sehubungan itu, mana-mana dasar yang mahu dibangunkan perlu menumpukan kepada usaha-usaha untuk menangani empat isu utama yang sedang dihadapi, iaitu (i) isu tadbir urus dan penyelarasan yang kurang berkesan, (ii) persoalan tentang kemajuan infrastruktur digital yang tidak seimbang, (iii) hal kurangnya program kemahiran dan pembangunan bakat digital, dan (iv) dilema peluasan digital yang tidak terangkum. Hanya dengan usaha yang proaktif dan inklusif, kita dapat memastikan setiap individu, tanpa mengira latar belakang, mampu menguasai kemahiran digital yang diperlukan untuk bersaing dan berkembang di dunia yang semakin berpusatkan teknologi. Sekiranya isu-isu yang dinyatakan di atas tidak diambil kira, sebarang usaha untuk memperkasakan individu dan memastikan keselamatan dalam talian akan tidak berkesan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy