Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

29 Tingkat (Raise) • Majoriti dasar atau garis panduan baharu negara- negara lain telah mengambil kira aspek serta prinsip bertanggungjawab melalui reka bentuk ( responsible- by-design ) atau selamat melalui reka bentuk ( safety- by-design ). • Kesannya: Malaysia masih terbelakang jika dibanding negara-negara ini kerana tiadanya penekanan terhadap prinsip bertanggungjawab melalui reka bentuk ( responsible- by-design ) atau selamat melalui reka bentuk (safety- by-design ) kepada pihak industri. • Tingkatkan tumpuan serta keberkesanan p e n g u a t k u a s a a n undang-undang ke atas platform media sosial, pengeluar peralatan dan pengendali telekomunikasi, serta syarikat-syarikat media. • Tetapkan kewajipan usaha wajar terhadap pihak-pihak ini untuk memastikan kandungan, produk,danperkhidmatan yang ditawarkan mereka adalah selamat dan sesuai untuk orang ramai. Cipta (Create) • Dasar dan polisi sedia ada di Malaysia berterabur dalam pelbagai akta atau seksyen dalam perundangan - contohnya, dalam akta atau dasar mengenai jenayah berkaitan komputer, kanak- kanak, kesalahan seksual, komunikasi, media, dan penyiaran dan urus niaga. • Kesannya : Hal ini boleh melewatkan tindakan pencegahan atau penguatkuasaan undang- undang segera, terutamanya dalam kes-kes berisiko tinggi. • Cipta atau bangunkan dasar dan polisi khusus yang menitikberatkan kewargaan digital. • Tetapkan peranan, skop, serta tahap akauntabiliti pihak-pihak berkaitan supaya semua pihak jelas mengenai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan teknologi digital digunakan secara selamat dan bertanggungjawab. PEMBUDAYAAN KEWARGAAN DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM 01

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy