Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
28 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI Jadual 6 : Kerangka Empat Tindakan Konsep ERRC (Hapus – Kurang – Tingkat - Cipta) Konsep ERRC Dapatan Cadangan Strategi Hapus (Eliminate) • Terdapat isu-isu sistemik dan jurang digital yang menyebabkan rakyat tidak dapat mengakses dan menggunakan teknologi secara tetap dan selamat. • Kesannya: Hal ini menghalang penggunaan teknologi yang berkesan dan seterusnya akan meluaskan jurang ketidaksamaan dan jurang keselamatan digital. • Hapuskan isu-isu sistemik serta jurang digital antara tempat, status sosio-ekonomi, pendapatan, jantina, umur, tahap pendidikan, dan etnik. • Strategi yang efektif perlu diatur bagi menyediakan akses, sokongan, dan latihan yang menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat. Kurang (Reduce) • Kebanyakan strategi dan program sedia ada terlalu berfokus pada pengaturan kendiri, pemantauan individu, dan kepatuhan individu kepada undang- undang. • Kesannya : Strategi-strategi dan program-program ini dilihat sebagai menindas hak asasi, mengurangkan kesediaan untuk berinteraksi, menutup ruang sivik dan tindakan kolektif, dan mengehadkan ruang untuk perbezaan pendapat. • K u r a n g k a n kebergantungan kepada strategi dan program pencegahan yang terlalu berfokus pada aspek pengaturan kendiri dan pemantauan individu. • Laksanakan strategi dan program yang m e n i n g k a t k a n efikasi kendiri dan memperkasakan orang ramai untuk memahami hak dan tanggungjawab mereka sebagai warga digital.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy