Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

27 antara langkah terbaik untuk melahirkan warganegara digital yang bertanggungjawab. Institusi pendidikan juga harus terus memantapkan lagi pengajaran mengenai kewargaan digital dalam kurikulum mereka untuk mempersiapkan individu dalam membina budaya dalam talian yang lebih positif dan selamat. Berdasarkan analisis menggunakan lima elemen Ishikawa ini, dapat disimpulkan bahawa isu keselamatan dalam talian di Malaysia adalah kompleks dan melibatkan pelbagai faktor, termasuk aspek manusia, teknologi, kandungan, amalan, dan persekitaran. Melihat kepada dapatan ini, adalah jelas bahawa dasar dan polisi kewargaan digital yang komprehensif amat diperlukan untuk menangani isu-isu yang dinyatakan. Hakikatnya, pengaturan kendiri atau pemantauan individu sahaja tidak cukup untuk menjamin keselamatan dalam talian. Hal ini turut memerlukan perhatian terhadap isu-isu sistemik dan persekitaran yang dapat mempengaruhi sebarang perubahan. 6.0 SYOR DASAR MELALUI KERANGKA KONSEP ERRC (HAPUS – KURANG – TINGKAT - CIPTA) Lanjutan daripada analisis gambar rajah Ishikawa yang dijalankan, satu pelan tindakan yang boleh diambil bagi menangani isu-isu berkaitan keselamatandalamtaliandan kewargaandigital yang seterusnyaboleh meningkatkan kesejahteraan psikologi telah dirangka menggunakan kaedah analisa empat langkah dalam Konsep ERRC atau Grid ERRC . Dalam kaedah ini, pengumpulan maklumat berkaitan faktor-faktor yang perlu dihapuskan ( eliminate ), dikurangkan ( reduce ), ditingkatkan ( raise ), dan dicipta ( create ) telah dilakukan untuk memudahkan proses transisi dari rumusanmasalah ke arah penyelesaiannya. Ilustrasi konsep ERRC dirumuskan seperti Jadual 6 di bawah. PEMBUDAYAAN KEWARGAAN DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM 01

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy