Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

26 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI individu, menutup ruang sivik dan tindakan kolektif, serta mengehadkan ruang untuk dialog terbuka dan perbezaan pendapat. Oleh yang demikian, dengan adanya dasar dan polisi kewargaan digital yang komprehensif, pihak kementerian, agensi, dan organisasi yang berkaitan mempunyai panduan dalam membangun dan menyelaras strategi, inisiatif, dan programmereka, selainmemperhebat penguatkuasaan undang-undang sedia ada bagi meningkatkan aspek keselamatan dalam talian untuk kepentingan semua. 5.5 Faktor Persekitaran ( Environment ): Faktor persekitaran merujuk kepada faktor luaran yang mempengaruhi keselamatan dalam talian. Terdapat dua isu yang mendasari faktor ini. Isu pertama membabitkan kelemahan dalam kawalan yang memberi kesan besar terhadap keselamatan dalam talian. Laman media sosial, platform digital, dan aplikasi setakat ini tidak tertakluk kepada arahan kerajaan atau peraturan yang ketat. Situasi ini seterusnya menyebabkan ketiadaan kawalan dalam menangani isu kandungan mereka. Di samping itu, kurangnya penguatkuasaan undang-undang berkaitan yang sedia ada meningkatkan risiko ancaman digital. Tanpa penguatkuasaan yang tegas dan konsisten, pengguna akan kekal terdedah kepada risiko bahaya dalam talian. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mewujudkan dasar dan polisi yang memastikan laman media sosial, platform digital, dan aplikasi mematuhi undang-undang serta peraturan yang dikenakan. Isu kedua ialah faktor sosial seperti pengaruh keluarga serta pendidikan yang mempengaruhi cara individu berinteraksi dengan teknologi digital. Banyak kajian telah mendapati bahawa keluarga yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran digital yang baik lebih cenderung mengamalkan tingkah laku dalam talian yang selamat. Meskipun terdapat pelbagai usaha dijalankan tentang keselamatan dalam talian, kebanyakan usaha tersebut lebih memberi fokus kepada institusi pendidikan dan golongan muda, manakala peranan keluarga sering diabaikan. Ketiadaaan program kewargaan digital yang khusus tentang penglibatan dan latihan keluarga memberi cabaran kepada aspek keselamatan dalam era digital. Sehubungan itu, usaha untuk mewujudkan program yang menyokong dan memperkasakan ibu bapa dan penjaga dalam memupuk tingkah laku anak dilihat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy