Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
25 sahih, tidak sesuai, atau berlebihan. Pendedahan kepada kandungan sebegini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan emosi. Penyebaran maklumat palsu serta penyalahgunaan data indivi- du juga merupakan satu isu besar di negara ini. Contohnya, kes seba- ran berita palsu yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menunjukkan peningkatan (Adnan, 2023). Hal ini bermakna rakyat Malaysia amat terdedah kepada berita pal- su atau maklumat yang mengelirukan dalam talian yang seterusnya boleh menimbulkan ancaman bahaya yang besar kepada masyarakat. Insiden-insiden penjualan data peribadi serta kebocoran data di platform terbuka yang melibatkan syarikat atau agensi besar turut memburukkan lagi ketegangan dan menjejaskan usaha untuk me- lindungi keselamatan pengguna dalam talian. Isu-isu ini seterusnya memberi kesan besar terhadap kepercayaan awam dan keselamatan dalam talian. Dalam hal ini, dasar dan polisi kewargaan digital harus menekankan tanggungjawab dalam penciptaan, penapisan, penga- wasan, serta penyebaran maklumat dan kandungan yang dikeluarkan bagi memastikan ekosistem digital yang selamat. 5.4 Faktor Kaedah ( Method ) Kaedahdanamalanyangdigunakanolehpihak-pihak yangmempunyai kuasa dan sumber untuk membuat keputusan turut menyumbang kepada isu dan risiko keselamatan dalamtalian. Contohnya, di peringkat kerajaan dan perundangan, tiadanya takrifan konsep kewargaan digital yang tuntas mendorong kepada ketidakpastian dan kekaburan tentang pihak mana yangmemikul kebertanggungjawaban dalammemastikan penggunaan teknologi yang selamat dan bertanggungjawab. Isu ini seterusnyamengehadkan skop pembangunan dasar dan perundangan (Mohd Mahudin et al., 2023). Dari sudut intervensi pula, strategi, inisiatif, serta program pencegahan sedia ada sangat berfokus pada aspek pengaturan kendiri, pemantauan penggunaan teknologi digital, dan kepatuhan kepada undang-undang oleh individu. Pendekatan sebegini dilihat seperti menolak keseluruhan tanggungjawab keselamatan kepada individu dan tidak menangani isu sistemik dalam proses dan amalan. Pada masa yang sama, pendekatan yang terlampau berorientasikan tanggungjawab peribadi dianggap sebagai menindas hak asasi PEMBUDAYAAN KEWARGAAN DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM 01
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy