Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
24 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI Sehubungandengan itu, ciri-ciri dan tetapanberbentuk persuasif seperti notifikasi yang kerap dan penatalan ( scrolling ) yang tiada penghujungnya ditanam supaya pengguna berasa tertarik, teruja, ingin mencuba, dan terus asyikmenggunakanmereka. Teknologi-teknologi ini turut direkadengan ciri-ciri yangmenggalakkanpenciptaan kandungan dan pemantauan metrik populariti, penglibatan, dan kadar klik. Hal ini menyebabkan pengguna berasa tertekan untuk mendapatkan maklum balasdanpengesahandalamtaliandanseterusnyamendorongmereka bertindak untuk memperoleh kebolehlihatan atau memperluaskan rangkaian sosial mereka. Algoritma dalam media sosial juga telah direka untuk mengutamakan kandungan yang paling menarik perhatian pengguna dimanadata tingkah lakupenggunaseperti klik, perkongsian, dankomen dikumpulkan. Namun, masalah timbul apabila algoritma dan data ini boleh mengakibatkan capaian atau keputusan yang berat sebelah atau berprasangka. Sebagai contoh, algoritma dalam platform seperti Facebook, TikTok, X, dan YouTube cenderung untuk mengutamakan kandungan yang lebih sensasi atau ekstrem seperti yang melibatkan unsur kebencian, diskriminasi, agama, perkauman, atau polarisasi. Algoritma yang tidak dikawal selia ini boleh menggalakkan penyebaran maklumat yang salah serta memperkukuhkan prejudis atau stereotaip yang berbahaya. Fenomena ini bukan sahaja boleh menggugat keharmoniansosial tetapi turutmempengaruhi cara individuberinteraksi dalam talian. Secara keseluruhannya, adalah jelas terdapat keperluan agar dasar dan polisi kewargaan digital yang digubal perlu memberi penekanan kepada reka bentuk teknologi dan kawal selia terhadap algoritma yang bersifat berat sebelah. 5.3 Faktor Bahan ( Material ): Bahan atau kandungan merupakan faktor ketiga yang memainkan peranan penting dalam isu berkaitan keselamatan dalam talian. Umum diketahui bahawa internet dan media sosial membenarkan pengguna bebas memuat naik, berkongsi, dan menggunakan pelbagai kandun- gan, termasuklah yang berbentuk provokasi, kontroversi, penghinaan, menyinggung, dan menyentuh sensitiviti tertentu. Natijahnya, rakyat Malaysia terdedah kepada kandungan berbahaya, ekstremis, tidak
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy