Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
23 yang tinggi dan aktif (Kemp, 2024), hanya segelintir sahaja yang memiliki kecekapan atau literasi digital yang mencukupi. Laporan yang dikeluarkan oleh Kaspersky Security Network menunjukkan terdapat 26,854,304 serangan siber di Malaysiasepanjang2023. Hal ini bermaksud rakyat Malaysia berdepan dengan 74,000 serangan setiap hari atau satu serangan setiap 0.8 saat (Saharudin, 2024). Apa yang merisaukan ialah faktor seperti kurang pengetahuan serta bersikap tidak peduli dan naif merisikokan rakyat kepada penipuan dalam talian. Sebagai contoh, amalan-amalan seperti menggunakan kata laluan mudah, mengulang pakai kata laluanmerentas pelbagai platform, mengabaikan kemas kini perisian, tidak menapis data peribadi sebelummelakukan perkongsian, atau tidak mengesahkan pautan yang diterima sebelum mengklik menjadikan pengguna sasaran mudah bagi penjenayah siber. Dapatan daripada tiga gelombang kajian ini menunjukkan tahap kewargaan digital yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia, lantas membayangkan kesedaran yang baik tentang penggunaan teknologi. Namun hal ini tidak bermakna padamasa yang samamereka mempunyai tahap literasi digital yang tinggi. Oleh yang demikian, terdapat jurang antara kesedaran dan tingkahlaku dalam kalangan rakyat Malaysia. Jurang ini seterusnya menjadikan mereka terdedah kepada pelbagai ancaman siber seperti pancingan data, kecurian identiti, penipuan dalam talian, dan buli siber. Oleh itu, wujud keperluan untuk merangka dasar dan polisi kewargaan digital yang jelas untuk menangani ancaman-ancaman tersebut. 5.2 Faktor Mesin ( Machine ) Faktor kedua merujuk kepada faktor mesin atau lebih tepat lagi dalam konteks kajian ini iaitu teknologi. Dapatan kajian menunjukkan masalah ini berpunca daripada faktor yang berkait dengan reka bentuk teknologi itu sendiri yang taksa danmeragukan. Daripada proses awal reka bentuk hingga pengeluaran, strategi reka bentuk laman media sosial, platform digital, dan aplikasi adalah bertunjangkan tiga ciri iaitu (i) menarik seramai mungkin pengguna, (ii) memastikan penggunamenghabiskan waktu selama mungkin, dan (iii) menggalakkan pengguna berinteraksi dan menjana kandungan. Maka, model perniagaan industri ini bergantung pada keupayaan teknologi-teknologi untuk membentuk tingkah laku pengguna berdasarkan tiga ciri ini. Jika mereka gagal berbuat demikian, industri ini tidak akan dapat menjana pendapatan. PEMBUDAYAAN KEWARGAAN DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM 01
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy