Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

21 keseluruhan dalam kalangan responden berada pada tahap yang tinggi dalam ketiga-tiga gelombang kajian. Aspek hormat dalam talian responden juga berada pada tahap yang baik. Walau bagaimanapun, hal ini berbeza dengan aspek penglibatan sivik dalam talian yang menunjukkan tahap responden yang agak sederhana. Hal ini berkemungkinan wajar kerana tidak semua responden mengetahui cara-cara menggunakan teknologi digital, Internet atau media sosial untuk terlibat dengan isu-isu penting dalam masyarakat. Kedua, kewargaan digital secara keseluruhan, hormat dalam talian dan penglibatan sivik dalam talian mencatatkan nilai skor min yang terendahdalamgelombangkajianketigaberbandinggelombang- gelombang yang lain. Penurunan nilai ini lebih ketara pada penglibatan sivik dalam talian. Dapatan-dapatan ini agak menarik kerana tahap kesemua aspek ini sepatutnya meningkat secara selari dengan kadar penggunaan atau pendedahan kepada teknologi digital, Internet dan media sosial. Ketiga, responden perempuan menunjukkan tahap kewargaan digital serta tahap hormat dalam talian yang lebih tinggi daripada responden lelaki. Dapatan ini selari dengan sorotan literatur yang menyatakan bahawa golongan wanita memiliki tahap penghormatan dalam talian dan penglibatan sivik dalam talian yang lebih tinggi daripada lelaki (Jones & Mitchell, 2015). Keempat, tahap umur mempengaruhi nilai kewargaan digital seseorang. Hal ini dapat dilihat daripada hasil dapatan yang menunjukkan tahap kewargaan digital meningkat dengan umur di mana responden yang berumur 48 hingga 62 tahun menunjukkan skor min tertinggi dalam kesemua aspek kewargaan digital. Hal ini berbeza dengan responden yang lebih muda, iaitu 18 hingga 32 tahun, yang menunjukkan tahap paling rendah dalam kesemua aspek kewargaan digital. Walaupun kajian ini melibatkan orang dewasa dalam lingkungan umur bekerja di antara 18 hingga 63 tahun yang bukan semuanya penjawat awam, tetapi dapatan-dapatan yang diperoleh ini penting dalam memberi gambaran berkenaan tahap kewargaan digital di Malaysia. Hal ini seterusnyabolehmemberi input kepadapihak berkaitan dalammerangka dan melaksanakan dasar, strategi, dan program yang bersesuaian. PEMBUDAYAAN KEWARGAAN DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM 01

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy