Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
19 4.3 Analisis Perbandingan Berdasarkan Kumpulan Umur Berdasarkan Jadual 5 pula yang menggunakan data gabungan ketiga- tiga gelombang kajian, terdapat perbezaan yang signifikan dalam kewargaan digital berdasarkan kumpulan umur, di mana skor min yang paling tinggi adalah daripada kumpulan responden yang berusia 48 hingga 62 tahun iaitu 36.60, diikuti dengan kelompok umur 33 hingga 47 tahun ( M = 35.99), dan seterusnya kelompok 18 hingga 32 tahun ( M = 34.28). Keputusan ujian Post-Hoc Tukey HSD menunjukkan bahawa nilai min kumpulan 18 hingga 32 tahun berbeza secara signifikan dengan kelompok umur 33 hingga 47 tahun (Perbezaan min = -1.71, p = 0.01) dan 48 hingga 62 tahun (Perbezaan min = -2.32, p < 0.001). Ini bererti perbezaan secara keseluruhan adalah disebabkan oleh perbezaan antara ketiga-tiga kumpulan umur ini. Bagi komponen hormat dalam talian juga, terdapat perbezaan ketara antara skor min responden 18 hingga 32 tahun dengan kedua- dua kumpulan umur yang lain. Hal ini dapat dilihat dengan adanya perbezaan min antara kumpulan umur 18 hingga 32 tahun dengan 33 hingga 47 tahun bernilai -1.24 ( p = 0.003) dan 48 hingga 62 tahun bernilai-1.40 ( p = 0.003). Ringkasnya, dapatan ini menunjukkan perbezaan tahap hormat dalam talian responden berbeza secara signifikan berdasarkan umur, iaitu kelompok 18 hingga 32 tahun adalah lebih rendah berbanding kelompok umur 33 hingga 47 tahun dan 48 hingga 62 tahun. Analisis turut mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap penglibatan sivik dalam talian berdasarkan kumpulan umur, dengan kelompok 18 hingga 32 memperoleh skor min paling rendah iaitu 11.33 yang berbeza secara ketara apabila dibandingkan dengan skor min kelompok umur 33 hingga 47 tahun ( M = 11.81) dan 48 hingga 62 tahun ( M =12.25). PEMBUDAYAAN KEWARGAAN DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM 01
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy