Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
15 Rajah 1 : Skor Min Tahap Kewargaan Digital, Hormat Dalam Talian Dan Penglibatan Sivik Dalam Talian Dalam Ketiga-Tiga Gelombang Kajian Dan Secara Keseluruhan Jadual 2 turutmenunjukkanduadapatan lain, iaitu (i) gelombang kajian ketiga merupakan fasa yang paling rendah dalam mencatatkan nilai skor min bagi kesemua pemboleh ubah, dan (ii) penurunan skor min penglibatan sivik dalam talian merentas gelombang kajian dilihat sebagai satu dapatan yang menarik. Seterusnya, ujian Analisis Varians (ANOVA) satu hala telah dilakukan untuk melihat perbezaan tahap kewargaan digital mengikut gelombang kajian. Jadual 3 menunjukkan perbezaan signifikan antara ketiga-tiga gelombang kajian dengan nilai F (2, 651) = 5.08 dan p = 0.006. Keputusan perbandingan pelbagai ( multiple comparisons ) menggunakan ujian Post-Hoc Tukey HSD menunjukkan bahawa nilai min kewargaan digital pada gelombang kajian pertama berbeza secara signifikan dengan nilai min pada gelombang kajian ketiga (Perbezaan min = 1.53, p = 0.03). Pola yang sama dilihat antara gelombang kajian kedua dengan gelombang kajian ketiga dengan perbezaan min sebanyak 1.78 yang signifikan, iaitu p = 0.01. PEMBUDAYAAN KEWARGAAN DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM 01
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy