Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
12 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI Soal selidik dalam ketiga-tiga gelombang kajian diedarkan secara dalam talian melalui iklan di platform media sosial seperti X (Twitter), Facebook, WhatsApp, dan Instagram. Semua data dikumpul tanpa nama dan persetujuan termaklum diperolehi dengan mengklik butang persetujuan pada permulaan soal selidik. Data yang dikumpul dalamkajian ini dianalisismenggunakanperisian IBMSPSSStatistics versi 27. Analisis kebolehpercayaan Skala Kewargaan Digital dinilai dengan menggunakan pekali alfa Cronbach, manakala statistik deskriptif digunakan untuk melihat analisis min, sisihan piawai, kekerapan, dan peratusan. Statistik inferensi pula dilakukan untuk mengenalpasti skor kewargaan digital berasaskan jantina dan umur. Tiada perbandingan dilakukan bagi kumpulan etnik dan tahap pendidikan disebabkan saiz sampel yang tidak sama merentas kumpulan. 4.0 HASIL ANALISIS 4.1 Analisis Perbandingan Antara Gelombang Kajian Jadual 2 serta Gambar rajah 1 menunjukkan skor min kewargaan digital sebanyak 35.73 pada gelombang kajian pertama. Skor ini meningkat kepada 35.98 dalam gelombang kajian kedua, namun kemudiannya menurun dalam gelombang kajian ketiga iaitu kepada 34.20. Apabila skor kewargaan digital ketiga-tiga gelombang digabungkan, dapatan menunjukkan responden memperoleh skor min sebanyak 35.26.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy