Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
11 berusia dalam lingkungan umur 18 hingga 32 tahun (rujuk Jadual 1). Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama mengumpul data tentang maklumat demografi responden, manakala bahagian kedua mengandungi Skala Kewargaan Digital (Digital Citizenship Scale) yang dibina oleh Jones dan Mitchell (2016). Skala ini dipilih kerana ketekalan pernyataannya boleh diukur dengan baik seperti yang disyorkan oleh Fernández-Prados dan rakan-rakan (2021). Keseluruhan soal selidik telah diterjemahkan menggunakan kaedah terjemahan hadapan sahaja (forward-only translation) (Maneesriwongul & Dixon, 2004). Dalam kaedah ini, soal selidik diterjemahkan daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Kaedah ini dipilih kerana ia menjimatkan masa dan kos dan boleh diuji untuk kesesuaian peserta bahasa sasaran (Maneesriwongul & Dixon, 2004). Selanjutnya, soal selidik ini disediakan dalamdwi bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Skala Kewargaan Digital ini mempunyai 11 item secara keseluruhan dan boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu hormat dalam talian (online respect) dan penglibatan sivik dalam talian (online civic engagement). Komponen pertama mempunyai tujuh item manakala komponen kedua mengandungi empat item. Setiap item dalam skala ini diukur dengan pilihan 0 = Tidak sama sekali seperti saya, 1 = Sedikit seperti saya, 2 = Agak seperti saya, 3 = Banyak seperti saya, dan 4 = Sangat sama seperti saya. Skor keseluruhan diperolehi dengan mencampurkan skor kesemua 11 itemdalam julat 0 hingga 44. Skor yang tinggi menunjukkan tahap kewargaan digital yang tinggi. Sementara itu, skorbagi setiapkomponendiperolehi denganmencampurkanskor item- item dalam komponen berkenaan. Skor komponen hormat dalam talian adalah di antara 0 sehingga 28, manakala skor komponen penglibatan sivik dalam talian adalah di antara 0 sehingga 16. Semakin tinggi skor yang diperolehi maka semakin tinggi tahap hormat dalam talian atau tahap penglibatan sivik dalam talian. Hasil penilaian kebolehpercayaan terhadap skala ini dan komponen-komponennya secara keseluruhan dan merentas ketiga-tiga gelombang kajian adalah di antara 0.73 sehingga 0.89 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Oleh kerana kesemua nilai pekali Alpha Cronbach yang diperolehi dalam kajian ini melebihi nilai 0.70 (Taber, 2018), maka nilai kebolehpercayaan bagi skala ini adalah tinggi dan boleh dipercayai. PEMBUDAYAAN KEWARGAAN DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM 01
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy