Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

9 2023. Analisis trend ini memberikan gambaran tentang tahap kewargaan digital dan keperluan ke atas negara, khususnya perkhidmatanawam, dalammemastikanpenggunaan teknologi digital secara bertanggungjawab dan selamat. (ii) Mengenal pasti isu-isu atau permasalahan yang dihadapi tentang keselamatan dalam talian melalui kaedah gambar rajah Ishikawa (Tulang Ikan). Kaedah ini membincangkan faktor-faktor penyumbang kepada cabaran keselamatan dalam talian, sekaligus menunjukkan keperluan pembangunan dan pelaksanaan dasar dan polisi kewargaan digital. (iii) Merangka satu pelan tindakan berpandukan kaedah analisa empat langkah dalam Konsep ERRC atau Grid ERRC. Pelan tindakan ini bertujuan untuk menangani isu-isu berkaitan keselamatan dalam talian dan kewargaan digital yang dikenal pasti, dan (iv) Membentuk satu cadangan garis panduan berkaitan kewargaan digital untuk memantapkan lagi kesejahteraan psikologi dalam perkhidmatan awam. 3.0 METODOLOGI Bagi mencapai objektif pertama, satu kajian analisis trend dalam kewargaan digital telah dilakukan berdasarkan data daripada tiga gelombang kaji selidik dalam talian, iaitu pada (i) Oktober – Disember 2021, (ii) April – Jun 2022, dan (iii) Oktober – Disember 2023. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang mempunyai kriteria berikut: (i) warganegara Malaysia, (ii) berumur di antara 18 hingga 65 tahun, dan (iii) boleh memahami Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris yang asas. Secara keseluruhannya, seramai 654 responden (Lelaki = 282, Perempuan = 372) dalam kalangan orang dewasa telah menjawab soal-selidik ini. Daripada jumlah ini, seramai 209 orang terlibat dalam gelombang pertama kajian, manakala 210 orang adalah responden pada gelombang kedua, dan 235 orang terdiri daripada responden pada gelombang ketiga. Dalam ketiga-tiga gelombang kajian, majoriti responden adalah Melayu, berpendidikan Ijazah Sarjana Muda, dan PEMBUDAYAAN KEWARGAAN DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM 01

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy