Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
8 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI talian (Wan Husain, 2023) atau mengeluarkan hantaran jelik yang boleh menggugat ketenteraman orang ramai (Tuan Ab.Ghani, 2024) dalam kalangan penjawat awam masih berlaku, malahan meningkat kejadiannya. Di samping itu, beban tugas dan tanggungjawab penjawat awam kini lebih mencabar dalam era perkhidmatan digital. Misalnya, hasil kajian oleh Ishak dan Sarkawi (2023) yang meninjau kesan beban komunikasi dan multitugas Internet terhadap kesejahteraan psikologi penjawat awam mendapati kedua-dua faktor ini mempengaruhi tanggapan tekanan serta tahap kelesuan dan kemurungan. Hal ini terjadi disebabkan oleh desakan sosial dan takut ketinggalan ke atas maklumat dan interaksi sosial. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Mohd Mahudin dan Zaabar (2021) yang menunjukkan kakitangan kerajaan melaporkan beban kerja yang berat, lesu upaya yang tinggi, dan keadaan emosi yang negatif semasa mengamalkan telekerja. Dalam kajian tentang penggunaan media sosial dalam penyampaian barang dan perkhidmatan dalam kalangan pekerja sektor awam di Lembah Klang pula, Said dan Mod Asri (2023) melaporkan bahawa penggunaan media sosial menyebabkan aspek kerahsiaan serta aspek keselamatan sukar untuk dikawal. Maka tidak hairanlah hingga ke hari ini, imej sektor awam dicalarkan dengan kecaman dan persepsi negatif yang menggambarkan tahap perkhidmatan digital dan dalam talian yang lemah (Jaes, 2021). Dengan ini dapat disimpulkan bahawa penggunaan teknologi digital memberi kesan yang pelbagai kepada kesejahteraan psikologi penjawat awam. Namun demikian, pada masa sekarang, tiada lagi dasar atau polisi yang menyatakan keperluan ke atas pekerja, khususnya penjawat awam, untuk meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran, dan nilai kewargaan digital mereka. Maka adalah menjadi satu keperluan untuk meninjau tahap kewargaan digital dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mendapatkan gambaran awal sama ada ia mencapai aspirasi sebagaimana yang dihasratkan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan dengan empat objektif berikut: (i) Mengkaji trend dalam kewargaan digital individu dalam lingkungan umur bekerja (18 hingga 63 tahun) di Malaysia melalui tiga gelombang kaji selidik pada tahun 2021, 2022, dan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy