Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
196 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI Biodata Penulis Dr. Nor Diana Mohd Mahudin adalah Profesor Madya dalam bidang ergonomik dan psikologi gunaan di Jabatan Psikologi, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti IslamAntarabangsaMalaysia. Beliau juga merupakan Orang Terlatih Ergonomik bagi Penaksiran Risiko Ergonomik berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia. Kajian beliau banyak tertumpu dalam aspek pembangunan dan penilaian intervensi, kewarganegaraan digital dan keselamatan dalam talian, tingkah laku perjalanan serta isu ergonomik dalam kecerdasan buatan dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel nordianamm@iium.edu.my . Dr. Nik Rosila Nik Yaacob adalah Profesor Madya dalam bidang psikologi dan kaunseling Islam. Beliau merupakan pensyarah kanan di pusat pengajian ilmu pendidikan, Universiti sains malaysia. Kajian beliau banyak tertumpu dalam aspek psikologi dan kaunseling Islam, pendidikan Islam dan psikologi pendidikan. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel nikrusila@usm.my . Dr. Nor Asniza Ishak adalah Profesor Madya dalam bidang Pendidikan Sains/STEM di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC), USM. Bidang kepakaran beliau merangkumi Pendidikan Sains/STEM, Pendidikan Alam Sekitar, Pengajian Kurikulum, dan Pendidikan Kewarganegaraan Global. Sepanjang kerjaya akademiknya, beliau terlibat secara aktif dalam penganjuran seminar, pembangunan modul pembelajaran, serta inisiatif yang mengintegrasikan teknologi hijau dan kelestarian dalam pendidikan. Beliau turut menjalin kerjasama penyelidikan dengan pelbagai institusi pendidikan antarabangsa dalam usaha memperkukuh model pendidikan yang holistik dan mampan. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel asniza@usm.my .
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy