Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
7 telah dibangunkan untuk melancarkan pelaksanaan, tadbir urus, dan pembudayaan pendigitalan sistem penyampaian dalam sektor awam. Lima teras strategik telah dibentuk untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat disampaikan kepada rakyat dengan mudah, cepat, dan berkesan. Teras-teras tersebut ialah (i) perkhidmatan digital yang bersepadu, (ii) kerajaan berpaksikan rakyat dan berpacukan data, (iii) perkhidmatan guna sama yang optimum dan pengukuhan keselamatan siber, (iv) tadbir urus teknologi maklumat dan komunikasi yang kolaboratif dan dinamik, serta (v) pembangunan modal insan yang profesional dan berkeupayaan. Seiring dengan perkembangan teknologi semasa juga, dasar kerajaan dalam Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021- 2025 (AI Roadmap 2021–2025) telah menggariskan inisiatif dan pelan tindakan bagi menghasilkan ekosistem kecerdasan buatan yang mampan dalam negara. Terkini, Kementerian Digital, melalui Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO), akan membangunkan Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) 2026–2030 sebagai kesinambungan kepada pelan terdahulunya (Kementerian Digital, 2025). Sejajar dengan kedua-dua pelan ini, program ‘AI Untuk Rakyat Dalam Kalangan Penjawat Awam’ yang dilaksanakan pada 17 Januari 2024 (BERNAMAa, 2024) merupakan usaha kerajaan untuk memastikan peningkatankesedaran terhadappenggunaan teknologi termajusecara bersepadu, holistik, serta bertanggungjawab yang seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelaksanaan inisiatif pendigitalan dalam perkhidmatan awam. Dalam program ini, penjawat awam dikehendaki melengkapkan sesi pembelajaran secara dalam talian selama empat jam bagi memperoleh lencana ‘AI Aware’ dan ‘AI Appreciate’. Melihat kepada usaha-usaha yang dilakukan ini, secara praktikalnya, penjawat awam seharusnya telah memiliki ilmu berkaitan teknologi digital, di samping lebih mahir dan celik digital dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Mereka juga sepatutnya berupaya menjadi barisan hadapan dalam menepis infodemik dan bertanggungjawab untuk menyemak serta menyampaikan maklumat sahih (Daud, 2021). Namundi sebalik pelan, program, strategi, dan latihan yang dianjurkan, isu-isu seperti menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian (Ramli, 2024) atau sasaran pelaburan tidak wujud dalam talian (Mokhtar, 2023), ketagih dengan permainan dalam talian (Sinar Harian, 2019), serta terlibat dengan jenayah siber seperti judi dalam PEMBUDAYAAN KEWARGAAN DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM 01
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy